BEN ASHAARI

Wednesday, October 31, 2007

FRUITY TWIST

Tadi masa kemas2kan peti sejuk, terjumpalah saki baki mix fruit yang masih ok dan belum expired lagi....Puas mat belek dari atas ke bawah, kanan ke kiri dan luar ke dalam...akhirnya nekad jelah buat fruity twist nie....rasa ok lah not bad..tapi kalau dapat mix fruit tu yg baru beli kat kedai lagi leerr sedap.

Bahan-Bahannya:-
250 g tepung roti + 2 camca besar tepung gandum
25 g gula halus
1/2 teh garam
2 camca teh yis segera (instant yeast)
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
70 ml susu segar
1/2 camca teh esen vanilla
130 g buah2an campuran (mix fruit)
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
75 g mentega (pada suhu bilik)
Beberapa biji badam

Cara membuatnya:-
  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali buah2an campuran dan mentega. Adun hingga semua sebati dan masukkan mentega dan uli hingga licin. Tabur buah2an campuran sambil terus menguli hingga semuanya bergaul mesra. Uli hingga adunan kenyal dan licin. Tabur sedikit tepung semasa menguli. Masukkan dalam bekas yang disapu sedikit minyak dan tutup permukaannya dengan plastik cling dan perap 2 jam.
  2. Sapu tin berlubang tengah dengan minyak atau mentega, susun beberapa biji badam pada dasar tin. Ketepikan. Keluarkan doh tadi dan letak atas papan pencanai. Uli 5 minit dan gelek memanjang dan cantum untuk menjadikan bentul seakan2 cincin. Alihkan doh tadi ke dalam acuan yang telah disiapkan tadi. Tutup permukaan tin dengan plastic cling dan perap lagi 1 jam.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 25 - 30 minit. Bila masak keluar acuan dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Keluarkan roti dan sejukkan sebelum dipotong....

GULAI PISANG MUDA


Gulai pisang muda.....lauk-pauk biasa bagi orang2 melayu dan luar biasa bagi bukan orang2 melayu.....hari ni pagi2 bonda mat dah menyiang pisang muda untuk dimasak gulai. Lepas tu yang selebihnya pakcik punya kerja lah....hehehe..kalau nak menyiang pisang muda ni pakcik ada sikit malas, sebab tak tahan dengan getah dia tu..lekit2 laa..rimas u!!!

Bahan Utama:-
1 sisir pisang muda (mat guna jenis pisang emas)
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau (boleh guna ikan masin lain)
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah 7 - 8 biji cili padi)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Siat nipis kulit pisang muda tadi, potong sederhana besar secara menyerong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat sampai habis dan biar terendam seketika. Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 10 - 15 minit. Tuang 400ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 700ml air lagi, ramas dan tapis untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Toskan pisang tadi, asingkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan2 yang dikisar, tulang ikan masin, serai dan 2 keping asam gelugor (asam yang baru). Jerang atas api sederhana sambil digaul kesemua bahan2 tadi hingga rata. Masak 5 minit.
  3. Kemudian tuang santan no.2 dan biar mendidih hingga pisang sedikit lembut. Masukkan santan no.1 dan gaul rata. Rasa kuahnya dan letak garam berdasar tahap kemasinan yang diingini. Perlu diingatkan tulang ikan masin tadi akan mengeluarkan rasa masinnya. Jadi berhati2 dalam penggunaan garam. Masukkan sedikit gula dan biar mendidih 1 - 2 minit. Boleh dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam2man....Hmmm...sedappp!!!!!

Tuesday, October 30, 2007

BAKSO AYAM

Semalam "Har Mee"..hari ni cuba buat Bakso pulak, bukan sebarang bakso, tapi bakso ayam!!!..Sebab utama mat ubah suai bebola daging lembu kepada bebola daging ayam ialah atas dasar kesihatan bonda mat yang tidak boleh mengambil daging (boleh tapi tak boleh banyak)..asalnya mat terpandang bakso kat fotopage Mak Lang....itu sebab berkenan sangat.....Jemput makan semua..silakan!!!!

Bahan Untuk Bebola Ayam:-
500 g daging ayam, bahagian dada
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)
3/4 camca teh garam
2 camca besar hirisan halus daun sup
4 camca besar tepung jagung
1 putih telur
1 camca teh baking powder

Bahan Sup:-
2 liter air (atau lebih)
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 ulas bawang merah kecil*(*kisar halus)
2 inci lengkuas, diketuk
3 ketul kiub stok daging lembu/ayam "MAGGI"
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar lada hitam biji*(*ditumbuk halus dan bungkus punjut, gunakan kain muslin)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 - 4 camca besar kicap cair

Bahan Lain:-
Mee kuning @ Mee hoon (celur hingga lembut)
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan halus kobis
Hirisan halus lobak merah
Taugeh
Bawang goreng
Cili kicap*(tumbuk 10 cili padi + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)
Sos cili*
Sos tomato*
Sos tiram*(*jenis2 sos yg digunakan)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK BEBOLA AYAM:- Satukan semua bahan2 untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal. Buatkan bebola (bergantung pada masing2, jika suka boleh buat besar atau pun comel2). Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, tuang 3 camca besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi. Masukkan kiub pati daging lembu/ayam, dan rempah yang telah dipunjut. Biar mendidih perlahan 20 - 25 minit. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi. Rasa kuahnya dan jika OK..boleh padamkan api. Jika kurang "berangin", boleh tambah lada hitam serbuk...
  3. PENYEDIAAN BAKSO AYAM:- Dalam mangkuk, masukkan mee (samada mee kuning, mee hoon atau campur kedua2nya). Tabur taugeh, kobis dan lobak merah. Tuang sup atas mee bersama bebola daging ayam tadi. Hias dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Letak setiap jenis sos sedikit2 atas bakso tadi mengikut kemahuan masing. Lepas tu boleh laaaa.....BEDAL!!!!!....Selamat mencuba yeaa.......

Monday, October 29, 2007

HAR MEE @ PRAWN NOODLES


Har Mee @ Prawn Noodles @ Mee Udang...memang terkenal di kalangan peranakan terutama di Pulau Pinang. Hari ni "Cik Rajin" datang dengan tiba2 dan beri ciuman manja lagi u, itu pasal mat jadi terlebih rajin...hahaha...Sebenarnya buat ni untuk juadah berbuka bonda mat yang berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal ni....resipi asal boleh dapat kat MyResipi, cuma yang ni mat buat sedikit olahan untuk meningkatkan mutu rasa.

Bahan Untuk Stok Udang:-
1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
1 batang saleri, potong besar2
1 batang lobak merah, potong besar2
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:-
3 camca besar cili kisar
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
20 g gula batu
2 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sambal:-
1 1/2 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 - 3 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
Minyak utk menumis

Bahan Lain:-
Mee kuning dan Mee hoon secukupnya
4 - 5 biji telur rebus, belah 2 setiap biji
Taugeh, dicelur
Kangkung, dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Limau kasturi

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK STOK UDANG:- Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan ketepikan jusnya.
  2. UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Tuang lebih kurang 1/2 cawan minyak gorengan udang tadi dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng 2 - 3 minit, masukkan bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang stok udang dan jusnya tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ikan bilis MAGGI dan gula batu, biar mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  3. UNTUL SAMBAL:- Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Masak sambal hingga garing dan terbit minyak.
  4. PENYEDIAAN HAR MEE:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan kangkung. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Sudukan sambal ke dalam mee sebagai penambah selera....Mintak ampoonnn sedap diaa!!!!

Saturday, October 27, 2007

BEEF CHAR SIEW


"Beef Char Siew"....pada mat ini benda baru, kalau orang2 cina mereka guna "benda" yang kita tak boleh makan (haram!!)..tapi boleh kita ubahsuai penggunaan bahan tersebut dengan daging lembu atau pun daging ayam....asalnya mat ke dapur "Great Lydia"....dan ternampak produk char siew hasil dari Lydia...Tapi paling utama, kalau nak lagi sedap...HARUS..di BBQ atas bara api arang, baru lah hasilnya amat memuaskan...selamat mencuba untuk semua!!!

Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang
1 camca besar madu
2 camca besar Hoisin Sauce
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh kicap cair'
2 biji bawang putih, tumbuk lumat
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh pewarna merah (food coloring), optional

Cara membuatnya:-
  1. Potong daging batang pinang 3 bahagian memanjang. Cuci bersih dan toskan. Cucuk setiap bahagian daging tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan diatas kecuali daging dan madu, gaul hingga rata dan sebati. Masukkan daging dalam beg plastik (yang baru) atau tupperware, tuang bahan perap dan gaulkan dengan daging hingga rata. Masukkan dalam peti sejuk dan perap 1 - 2 malam. Kalau simpan dalam freezer, boleh dibiarkan hingga 3 bulan (lagi lama, lagi sedap).
  3. BEEF CHAR SIEW:- Asingkan daging dari bahan2 pemerap. Panaskan bahan pemerap tadi hingga sedikit pekat, matikan api dan masukkan 1 camca besar madu, gaul rata. Hidupkan api arang (charcoal) hingga menjadi bara, BBQ daging tadi hingga masak, sapu bancuhan tadi semasa proses membakar. Tujuan menyapu untuk menghasilkan lapisan kilat pada daging. Selamat mencuba!!!

TRIO MARBLE CAKE


Kek yang lembut, gebu dan boleh dipelbagaikan citarasanya, sebenarnya resipi kek marble trio ni dah lama ada kat MyResipi..cuma mat jarang buat, kali terkahir buat masa raya hari tu, tapi tak sempat nak tangkap gambar dan letak kat sini, jadi hari ni mat dgn ikhlas hati buat dan letak kat "dapur" peribadi mat nie....jom lah kita buat ramai2!!!!

Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.

Friday, October 26, 2007

SALMON TERAYAKI

Semalam berjalan2 di blog "Che De Sam"...TIBA2...jeng..jeng..jeng..pakcik ternampak resipi "Salmon Terayaki"....mulalah nak mencuba...jadi dengan rajinnya pagi tadi pakcik memeraplah 2 keping ikan salmon yang dah lama men"janda" dalam freezer...rasa dia hmm.. lemak2 dan sedap (pakcik olah sedikit resipi nie...sikittt jeee....), cuma kalau suruh mak/ayah mat makan sure depa lagi sanggup makan maggi!!!...hahahaha....

Bahannya:-
2 keping daging ikan salmon*
1/2 biji lemon, perah jusnya*
1/4 camca teh garam*(*gaul dan perap 15 minit, cuci dan toskan)
1 camca teh mentega
4 camca besar susu cair
Sedikit serbuk lada sulah

Bahan Pemerap:-
1/4 cawan minyak jagung
2 camca teh minyak bijan
3 camca besar jus lemon
3 camca besar kicap cair
1/2 camca teh "mustard"
1 camca teh pes halia
1/2 camca teh pes bawang putih

Bahan Sampingan:-
2 biji kentang, kupas, potong dadu dan rebus empuk, toskan
1 batang saleri, potong dadu
4 kuntum cendawan butang, potong dadu
1 biji tomato, potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh cincangan parsley

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas (tupperware), satukan semua bahan2 pemerap dan kacau hingga semua sebati. Masukkan kepingan ikan salmon tadi dan perap 1 - 2 jam (sekurang2nya). Simpan dalam peti sejuk.
  2. Asingkan ikan dari bahan pemerap. Panaskan bahan pemerap tadi dalam frying pan hingga sedikit pekat. Matikan api, gunakan bahan ini utk menyapu atas ikan semasa proses memanggang nanti.
  3. Kemudian panggang dalam oven kepingan salmon tadi. Gunakan fungsi grill dan set suhu pada 190C. Grill kurang lebih 10 - 12 minit untuk setiap bahagian ikan. Sapu no.2 tadi atas ikan semasa proses menggrill.
  4. BAHAN SAMPINGAN:-Sementara itu, dalam frying pan lain, panaskan mentega dan masukkan cincangan bawang putih, diikuti saleri dan cendawan. Masukkan juga kentang dan sedikit serbuk lada sulah dan di akhiri dengan tomato. Kacau hingga sayur masak. Padamkan api dan masukkan cincangan parsley, gaul rata dan ketepikan.
  5. Lebihan bahan pemerap tadi, dipanaskan dan masukkan 1 camca teh mentega, 4 camca besar susu cair dan lada sulah. Gaul hingga rata dan semua sebati. Guankan sebagai sos.
  6. Dalam pinggan letak sekeping ikan salmon tadi, bubuh bahan sampingan dan curahkan sedikit sos. Hias dengan taburan parsley dan hirisan lemon....

IKAN MASAK KICAP

Tengok2 dalam peti sejuk, ada ikan tenggiri...nak masak kari, ada yang tak mau, nak masak asam pedas, rasa jemu pulak...ayah mat bagi cadangan, masak kicap "style" dia saja...jenis mudah, ringkas dan tak banyak karenah.....ye ke tak banyak karenah ek??

Bahan-Bahannya:-
5 keping potongan ikan ikan tenggiri*
1/2 camca teh kunyit serbuk*
Secubit garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
2 biji bawang besar, dipotong bulat
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, hiris menyerong besar2
1 inci kulit kayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
3 kelopak bunga lawang*(*rempah tumis)
1 camca besar sos tiram
1 camca teh cuka makan
1 cawan kicap manis
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji kentang, potong berbaji dan goreng garing
1 biji tomato, belah 6 (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Goreng ikan tenggiri tadi hingga kuning keemasan tetapi tidak garing, masih lembap. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sama, keluarkan minyak gorengan ikan tadi hingga tinggal 2 camca besar, tumis rempah tumis, bawang putih dan halia hingga harum. Gunakan api sederhana. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan cuka makan, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/2 cawan) dan kicap manis. Biar mendidih baru dimasukkan ikan goreng tadi bersama2 hirisan bawang besar dan cili merah. Biar masak hingga kuah sedikit pekat.
  3. Kemudian masukkan kentang goreng dan tomato, gaul rata dan bila tomato lembut sedikit, boleh angkat dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi....

Wednesday, October 24, 2007

TUMIS TAUGEH, KUPANG & TAUHU

Inilah sayur kegemaran mat, dah leer senang, sedap dan paling enak makan sejurus dimasak, sebab masa tu taugeh dia masih rangup dan ada bunyi krak!!krup!!....Jadi silakanlah makan...

Bahan-Bahannya:-
1 keping tauhu putih, potong dadu dan goreng sekejap, angkat dan toskan
150 g taugeh, cuci dan toskan
1 cawan isi kupang
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Goreng kupang 5 minit dan masukkan bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan cili hiris. Kacau rata.
  2. Tuang sos tiram dan kacau, kemudian masukka tauhu tadi bersama sedikit gula dan garam, gaul rata. Masukkan taugeh dengan gaul rata dan matikan api. Gunakan api besar semasa menggaul taugeh tadi.
  3. Rasa tahap kemasinan dan bolehlah diangkat dan hisangkan bersama nasi putih hangat..

IKAN BAKAR

Sedapnyaa ikan bakar!!!!....hehehe..kebetulan raya baru2 ni, abg mat yang no.3 beraya di rumah nenek mertua dia....di "Pulau Aur"..Mersing....jadi masa balik hari tu, dia ada bagi beberapa ekor ikan cencaru dan selar kuning. Kesemua ikan tu segar2 belaka sebab mereka memancing masa dalam perjalanan balik ke tanah besar yang memakan masa 6 jam!!!.....Oklah jom kita makan ikan bakar yeaa....

Bahan-Bahannya:-
4 - 5 ekor ikan cencaru (atau apa2 ikan yg disukai)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/4 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit gula

Bahan Air Asam:-
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci belacan, dibakar wangi
Sedikit garam
1 ulas bawang merah kecil

Cara membuatnya:-
  1. Cuci ikan (tak perlu buang kulit tebal) dan lumur dengan garam dan kunyit, perap 10 - 15 minit. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit, atau bakar atas bara api hingga ikan masak.
  2. UNTUK AIR ASAM:- Dalam lesung batu, satukan semua bahan untuk air asam dan tumbuk hingga lumat. Masukkan gula dan jus asam jawa. Gaul rata dan tambah jus limau kasturi. Rasa dan jika seimbang bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar tadi...Fuhh!!! pasti berpeluh lepas tu...

Saturday, October 20, 2007

STEW ALA SIAM

Masa nak raya hari tu mat ada tinggalkan 500 g daging. Puas juga fikir apa nak buat yeaa...habis tu selongkar peti sejuk dan ada saki-baki sayur2 yang masih elok rupa paras dan potongan badannya. Jadi terfikir juga..apa kata gabungkan resipi Jo dan Noreen....hehehe..sorry yea mak dara berdua, hamba ter'kawin'kan resipi mak dara berdua..hehehe...ampoon maaf dipinta, minta halal yea..Jo dan Noreen....

Bahan-Bahannya:-
500 g daging pejal, dihiris nipis dan lebar2
2 batang saleri, didadu
1 batang lobak merah, dipotong baji
6 kuntum cendawan shitake segar, potong besar2
2 batang leek, dipotong panjang 1 inci
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 inci halia, diketuk
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
3 camca besar sos ikan
1 genggam daun selasih/basil
2 biji limau kasturi, diperah jusnya
Sedikit gula

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan 3 - 4 camca besar minyak masak. Tumis halia dan bawang putih yang diketuk tadi hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram, gaul rata dan masukkan daging, leek, lobak merah dan saleri. Gaul rata.
  2. Tuang 1 liter air dan biar mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan cendawan, hirisan bawang besar, sos ikan dan gula. Gaul rata dan biar mendidih hingga bawang lembut dan kuah sedikit pekat.
  3. Akhir sekali masukkan daun selasih/basil dan perahan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa kuahnya. Jika ok, bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas....

FUCUK MASAK LEMAK

Aroma2 hari raya masih berlegar di udara, jadi hari ni, dari pagi sampai malam (masa mat tulis ni), sedara mat masih ada lagi..maklumlah hari raya..jadi mat masak ringkas saja untuk menjamu mereka, nak dimasak gulai ayam atau daging pasti tekak masih jemu. Jadi masakkan ringkas, mudah dan cepat menjadi pilihan. Nampak mereka pun makan sedap jeee....Licin!!!!!!

Bahan-Bahannya:-
300 g fucuk (kulit tauhu kering)
1 cekak soon, rendam hingga lembut, toskan
1 biji kelapa parut
1 biji bawang besar, dihiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. Rendam fucuk hingga lembut dan potong sederhana besar. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1, ketepikan. Kemudian tuang 700ml air, ramas dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan fucuk, bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan udang kering tumbuk tadi. Tuang santan no. 2 dan didihkan atas api sederhana hingga mendidih. Jika kelihatan kering, boleh tambah 1/2 cawan air.
  3. Kemudian, masukkan soon dan hirisan cili merah. Biar mendidih dan tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih perlahan hingga masak. Rasa kuahnya.
  4. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ikan masin/ikan goreng dan ulam2man. Pasti selera!!!

Thursday, October 18, 2007

HARI RAYA....


Tadi mat tengok2 dalam handphone...ada satu2nya gambar masa raya....maaf lah ini je yang ada, itu pun gambar masa tengah nak siapkan juadah untuk rombongan pertama hari raya. Juadah seperti biasa kebanyakkan negeri...ada ketupat nasi, rendang daging, kari ayam kampung, serunding kelapa, kuah kacang, masak lodeh dan pulut kuning, selain biskut2 raya dan kek yang mat buat, sis in law ada juga bawa balik kek lapis sarawak, kek sarang lebah dan kuih baulu belang. Oh ye lupa nak khabar, yang pose tu, anak sedara mat, dia jelah sorang yang dah jadi anak dara sunti setakat ni, yang lain tu kecil2 lagi...amacam cun kan?..biasa lah kami darah campur u.....

MOIST CHOCOLATE CAKE


As'laikum...bertemu kembali...minta ampon dan maaf sejak2 raya ni sibuk memanjang dan badan pun rasa kurang sihat...bentan..agaknya..hehehe...Jadi untuk permulaan, hari nie mat saja2 buat kek coklat lembap resipi asal dari kak izan, tapi kat sini mat guna resipi yang telah diolah oleh Great Lydia....hehehe. Kek nie bukan je lembap, lembut dan gebu tapi rasa lemak dan tidak berapa manis, boleh lah cuba untuk jamuan rumah terbuka yeaa......

Bahan-Bahannya:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream
1 camca teh mentega

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Monday, October 8, 2007

SHORTBREAD MARBLE

Mula2 mat tengok resipi ni, terus jatuh hati dan esok jugak mat pi beli loyang khas untuk membuat shortbread ni. Kalau ikut nama asal, shortbread ni, "Shortbread Batik", tapi masa mat membuat garisan dari coklat putih, hasilnya tak secantik macam mak lang buat, jadi mat mem"marble"kan aje lah...habis cerita....
Pada asasnya tak delah sesukar mana nak buat shortbread ni, cuma perlu ada kesungguhan dan jangan buat sambil lewa atau macam "mood' tu tak stabil...hehehe...lagi satu, resipi asal, guna loyang khas berpemotong, berukuran (10 x 12) inci, tapi mat guna acuan sama cuma berukuran (12 x 12) inci. Sapa yang nak cuba tu dan nak tengoklah hasil yang asli dari mak lang, boleh rujuk sini....

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama "tulip")
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
  2. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
  3. Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
  4. Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
  5. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
  6. Gambar dibawah:- Contoh acuan berukuran (12 x 12) inci yang mempunyai alat pemotong khas....

Sunday, October 7, 2007

BISKUT KACANG

Hehehe...bisku raya lagi!!!!...tengah excited gila buat biskut raya..penat tak pe, janji biskut siap....ni mat buat biskut kacang (atau nama glamour "biskut mazola")...resipi nie senang ya amat, budak darjah 5 pun boleh buat biskut ni...terima kasih kat "mamafami" kerana idea biskut nie...
Tak lupa berterima kasih pada bonda mat juga, kesian kat dia, terlampau kerap menyapu biskut dengan kuning telur, sampai tidur pun tangan dia dok gerak2 macam tgk menyapu kuning telur atas biskut!!!!...hahaha... sampai terbawa2 ke dalam tidur u...

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telur
Minyak jagung secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul hingga semua rata. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
  2. Canai 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Bila masak, biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan ke atas jaringan. Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven....

POPIA & SOS BIJAN

Lepas tu....jeng...jeng...jeng....buat pulak popia..kulit popia dalam freezer tu lama sangat dah beradu, sebab barang banyak dan kulit popia tu dah tertindih hingga ke bahagian bawah peti sejuk, tu pasal tak jumpa, tadi baru jumpa....kesian kan kat dia......

Bahan Inti:-
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
1 1/2 cawan taugeh
10 batang kacang buncis
2 ulas bawang putih
1 camca teh udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam dan lada sulah

Bahan Lain:-
Kulit popia secukupnya
1 camca teh tepung gandum*
2 camca teh air*(*satukan dan kacau hingga menjadi pes)

Bahan Sos Bijan:-
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar bijan, sangai hingga perang
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
1 camca besar cuka
1 camca besar madu
1/2 camca teh garam


Cara membuatnya:-
  1. UNTUK INTI:- Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan semua jenis sayur kecuali taugeh. Kacau goreng 2 minit, masukkan taugeh dan gaul hingga rata, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Padamkan api dan angkat.
  2. UNTUK POPIA:- Bentang sehelai kulit popia, isi inti, kurang lebih 1/2 camca besar pada satu sudut, gulung hingga separuh, kemudian lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam, sapu pes tepung pada hujung satu lagi dan terus menggulung hingga habis. Buat hingga selesai. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, keringkan atas paper towel.
  3. UNTUK SOS BIJAN:- Kisar bijan, bawang putih dan cili merah dengan 1/4 cawan air hingga hancur. Tuang dalam periuk dan masukkan semua bahan2 sos bijan. Masak atas api perlahan hingga sos pekat. Hidangkan bersama popia tadi...

BLACK PEPPER BEEF

Hari ni, berbuka puasa teragak nak makan black pepper beef...jadi semalam masa shopping kat Giant, mat pun kidnap seketul daging batang pinang...jadi hari ni dapatlah makan black pepper beef...jemput makan semuaa!!!!

Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus*
1 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
1 batang saleri, didadu
2 biji kentang, didadu dan goreng hingga empuk
1 biji cili merah, potong serong
1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, dihiris halus
6 kuntum cendawan shitake segar, dipotong kecil
5 camca besar sos lada hitam "LIFE"
1 camca besar kicap cair
1 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca teh minyak bijan
Sedikit gula

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tambah dengan minyak bijan dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan kacau goreng hingga daging kecut. Tambah sos lada hitam dan sedikit air. Biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan, saleri, bawang besar, cili dan kentang. Kacau hingga rata dan biar mereneh sebentar. Tuang kica cair dan sos ikan. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Rasa tahap masinannya dan jika ok, boleh diangkat dan hidang bersama nasi hangat...

Saturday, October 6, 2007

KEK KUKUS

Kek Kukus...memang tak boleh dipisahkan dari masyarakat melayu..terutama menjelang hari raya, macam satu kemestian...jadi mat pun ada juga buat kek kukus untuk raya. Dulu2 bonda mat yang buat, sejak2 ni..anak dia pulak ambil alih. Untuk teknik langkah demi langkah boleh rujuk disini....

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....

Friday, October 5, 2007

IRISH COOKIES

Semalam...lepas ada elektrik kurang lebih jam 11.00 malam, mat pun ber"jalan2" lah ke blog jiran2...tah macam mana tergoda tengok "irish cookies" kat fotopages Mak Lang....kebetulan stok nestum memang ada dalam peti sejuk...ngam2 aje untuk resipi ni (mat buat 2 adunan...tamaknyaa aku!!!)....jadi mat buat lah siang tadi..amacam, cun kan cookies mak lang ni...
Gambar yang nie kira cookies tu baru lepas keluaq "sauna"...tunggu nak keringkan body baru leh masuk dalam bilik persalinan (bekas kedap udara....ahakss)...

Bahan A:-
180 g mentega
20 g shortening (lemak sayur)
130 g gula halus
1 kuning telur
1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)

Bahan B:-
200 g tepung gandum
100 g tepung sagu ubi
1/2 camca teh serbuk penaik
40 g nestum, dikisar halus

Bahan Hiasan:-
Kuning telur untuk sapuan
Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

KUDAPAN WAJIB...

Cuci mata dulu yeaa...dengan "Rempeyek Kacang Tanah"....bonda mat buat tak pakai acuan bulat macam piring tu, dia suka siram bancuhan tu tepi kuali saja....
Lagi satu wajib bagi orang2 jawa.."Tumpi Kacang Hijau"....yang ni, kacang dia kena rendam dulu, kalau tak kacang tu keras macam batu kerikil!!!
Kerepek pisang pun sama, mesti ada, sebab utama ialah pisang tanduk ni pokok pisang kegemaran ayah mat untuk ditanam di kebunnya....ini lah hasilnya!!!!!

Resipi Asas Untuk Rempeyek/Tumpi:-

500 g tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 biji kelapa, diparut
Kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
4 - 5 ulas bawang putih
1/2 cawan ketumbar biji
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca besar udang kering, rendam 5 minit dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan

Cara membuatnya:-
  1. Kelapa parut diperah santan secukupnya (lebih kurang 1.5 liter). Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung ubi dan bahan kisar. Larutkan kapur dengan sedikit santan. Masukkan dalam tepung tadi.
  2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan wisk hingga adunan sempurna kepekatannya. Kalau bonda mat, dia kata kalau kita celup senduk dan angkat, belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung, kira dah ok...
  3. Perasakan dengan garam, jangan letak banyak2 dulu kerana udang kering dan ikan bilis tu dah masin. Adunan siap untuk ditebar tepi kuali atau menggunakan acuan macam piring tu.
  4. Terpulang sama ada ingin menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal...Jika gunakan kacang hijau, cuci dan rendam terlebih dahulu untuk kurang lebih 6 jam, begitu juga kacang dhal perlu direndam (tapi tatau pulak berapa lama nak rendam, sebab tak pernah buat tumpi kacang dhal)...
  5. PERHATIAN!!..Resipi ni mat cuma buat anggaran sahaja, sebab bonda mat dia guna kaedah "agak2 dan ikut rasa"...tatau mcm mana nak menggayakannya....

Wednesday, October 3, 2007

ALMOND LONDON


Almond London....dari mana datang nama biskut tu pun tak tau laa....Kat London ada ke biskut ni?......apa2 pun rasa dia sedap dan mewah.....selamat menjamu mata semua!!!!

Selepas menjamu mata, baru kita tengok resipinya...Sejak mat kenal almond london dan mula membuatnya secara peribadi, mat tak berganjak dari menggunakan resipi yang sama setiap tahun....cuba tengok, kot2 lah sama dengan koleksi resipi almond london anda!!!...Eh..lupa nak habaq, resipi ni menghasilkan kurang lebih 120 - 130 biji, bergantung pada saiz badam....

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

Tuesday, October 2, 2007

URAP PUCUK UBI & TAUGEH


Dah beberapa hari asyik biskut jee...so hari ni mat buat urap pucuk ubi dengan taugeh untuk berbuka puasa, maklumlah dah masuk hari ke-20 puasa nie, tekak tu dah mula meracau....ngidam macam2...tapi apa kisah kita yang buat, bukan menyusahkan orang lain..betul tak?....Jomlah kita ber'urap - urapan".....

Bahan Utama:-
1 cekak pucuk ubi, direbus lembut dan potong kecil
1 1/2 cawan taugeh, buang ekor
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam dan gula

Bahan Tumbuk Halus:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang cili merah
4 biji cili padi (kalau suka)
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan
1 inci ubi cekur
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Dalam lesung baru, tumbuk semua bahan2 tumbuk hingga halus. Keluarkan dari lesung dan gaul bersama kelapa parut. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Gaul hingga sebati dan rata. Ketepikan.
  2. Pucuk ubi dan taugeh dimasukkan ke dalam campuran kelapa dan gaul hingga rata. Masukkan campuran urap tadi ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak 2 - 3 minit hingga taugeh lembut. Gunakan api perlahan.
  3. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan gulai kegemaran..Selamat mencuba....

BANGKIT NYONYA.....LAGI!!!

Sebelum tu mat minta maaf dulu sebab biskut mat hari nie "bangkit nyonya"....sumbangan Diana, dulu mat dah letak gambar dan resipinya, masa tu mat buat percubaan saja untuk melihat hasilnya....jadi hari ni baru mat buat "real" punya....2 kali ganda dari resipi asal, dan hasilnya alhamdulillah, sungguh memuaskan dan sedap!!!!!...Jadi sudi2kan lah ye tengok2, pandang2 dan lihat2......

Monday, October 1, 2007

TAT NENAS NYONYA


Tat nenas..bukan saja menjadi kegemaran kaum melayu, tapi juga kaum nyonya dan semua rakyat Malaysia amnya..Jadi mat hari nie buatlah tat nenas sebab macam terlebih rajin sikit....terima kasih pada "Bonda" mat kerana sudi menggentel jem nanas sebagai intinya....

Bahan Doh:-
680 g tepung gandum
400 g mentega
1 kuning telur
2 camca besar gula aising
2 camca teh esen vanilla
2 - 3 titik pewarna kuning
1/4 cawan air dari peti sejuk

Bahan Jem Nenas:-
8 cawan parutan nenas
6 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK JEM NENAS:- Perah sedikit jus nenas, tapi jgn sampai kering, masukkan dalam kuali bersama gula dan masak hingga gula larut. Masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis, kacau atas api perlahan hingga jem kering. Padamkan api dan masukkan mentega. Gaul rata dan sejukkan. Bolehlah digentel mengikut saiz acuan tat masing2..
  2. UNTUK DOH:- Satukan mentega, gula aising, esen vanilla, pewarna kuning dan kuning telur dalam mixing bowl, kalau hingga semua sebati. Masukkan tepung tadi dan gaul ramas sehingga adunan bertukar seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit dahulu sambil mengadun hingga menjadi doh yang lembut. Tidak mengapa jika air tidak habis. Rehatkan doh dalam peti sejuk 30 minit.
  3. UNTUK TAT NENAS NYONYA:- Ambil segenggam doh dan canai setebal 1/2 cm, terap menggunakan acuan tat kegemaran masing, susuh atas dulang dan isikan dengan jem nenas yang telah digentel tadi. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 12 - 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...