Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
1 cawan gula
1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan pati santan
3 biji telur gred A
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Bijan (jika suka)
Cara membuatnya:-
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
- Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
- Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..
Haa yang ni ma suka, tapi tu la, kena kontrol sikit makan tu... Ma suka kalau tabur bijan banyak-banyak....pehhhhh....
ReplyDeletesetuju dgn mama....serammm terkenangkan "santan" dia tu..mat pun cuma makan sikit2 jee....
ReplyDeletemat & ma... tu la pasal..nak tukar ngan susu...alamak..tak real la pulak..tapikan..lagi seram kalau tgk bingka telur nyer bahan2..tp lg ler sedap n lemak mat...cam ner la bulan poser ni aku nak diet...today i buat kuih koci u..camjanji la kita
ReplyDeleteMat
ReplyDeleteInilah kuih yang saya paling suka sediakan bila tergesa gesa...cuma di Jepun ni, santan kena minima..campur sikit susu + butter,
Untuk jimat cermat...demi yen dan kesihatan.