BEN ASHAARI

Wednesday, August 12, 2009

Saturday, February 2, 2008

PERHATIAN!!!!!!

UNTUK UPDATE TERKINI, SILA KLIK DISINI....HARAP MAKLUM!!

Wednesday, January 2, 2008

UDANG GALAH MASAK SOS

Udang galah lagii!!!!....ishh sedapnyaa!!, hari tu masak lemak dengan timun, hari ni masak sos je..senang, lagi pun udang segar ni, kalau kita masak dan letak macam2 benda "aneh", rasa asli si udang tu tak tau mana pegi......Cepat cedok nasi kita makan sama2....

Bahan-Bahannya:-
600 g udang galah (kalau pancing dpt banyak, boleh boh lebih)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang leek, dibersihkan dan kerat2
2 biji bawang besar, potong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, potong serong
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
1 biji tomato, belah 6
Hirisan daun bawang (hiasan)

Cara membuatnya:-
  1. Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.....

Tuesday, January 1, 2008

PIZZA ROLL BUN

Rasa kalau tak masak, macam tak sah, jadi pagi2 tadi dah siap semua bahan2 untuk pizza roll bun ni, resipi cuma biasa2 saja, tapi ada juga sedikit luar biasa...takut juga kalau kerap kata biasa2, ada pulak pengunjung blog yang rasa tak sepatutnya mat "tayang" kat sini....pada kita biasa, tapi pada orang lain mungkin tak biasa...itu lah namanya manusia.....tak pelah "think positive"...ampooonn kan patik "Tuanku Budin"...

Bahan Doh:-
120 ml air
250 g tepung roti
40 g gula halus
40 g mentega
30 g telur
10 g susu tepung
1 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1/2 cawan parutan keju cheddar
Secubit garam

Bahan Inti:-
1 batang sosej ayam berlada hitam "Ayamas", belah 4 dan hiris nipis2
1/2 biji lada benggala hijau, didadu kecil2
5 biji black olive, hiris nipis2
1 camca teh jeruk capers
1 cawan parutan keju mozarella
1 cawan sos tomato (resipi di bawah)
Sedikit parutan keju mozarella*
3 biji black olive, hiris nipis*
Sos tomato*(*untuk hiasan)

Bahan Sos Tomato:-
1 tin plum tomato dalam tin, diramas
1 biji bawang besar, didadu halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tomato puree
2 helai daun bay
1 camca teh Oregano
1 camca teh gula
Secubit garam
3 camca besar minyak zaitun (olive oil)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Satukan semua bahan dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Gaulkan mentega sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut, anjal dan licin. Bulat2kan doh dan letak dalam satu bekas, tutup permukaan bekas dgn plastic cling dan biar doh rehat 1 jam hingga naik gebu sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan on kan. Biar sampai doh siap.
  2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, bila bawang lembut, masukkan daun bay dan tomato puree. Masak hingga terbit minyak. Tuang plum tomato yang diramas tadi, masukkan oregano, garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sos pekat sedikit. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK PIZZA ROLL BUN:- Keluarkan doh dari mangkuk, uli 5 minit dan canai empat persegi berukuran kurang lebih ( 14 x 12 ) inci. Tuang sos tomato dan ratakan, tabur hirisan sosej, lada benggala hijau, black olive, jeruk capers dan keju mozarella. Gulung seperti kita membuat swissroll. Kemaskan hujungnya. Potong kepada 10 bahagian sama besar dan alihkan ke dalam bekas sesuai (mat guna paper cup berdiameter 5 inci). Biar lagi 40 minit hingga naik gebu. Tabur sedikit keju, hirisan black olive dan sedikit sos tomato pada setiap potongan. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10 - 12 minit. Boleh dihidangkan panas bersama sos cili atau mayonies...Selamat mancuba.
~:Pizza Roll Bun yang siap untuk dibakar dalam oven:~

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Muffin yang mudah, ringkas dan sedap dari "Noreen UK". Jumlah muffin bergantung pada saiz muffin cup yang digunakan, jika gunakan muffin cup seperti dalam gambar, kita boleh dapat lebih kurang 12 biji muffin...

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...

Sunday, December 30, 2007

THAI VERMICELLI SALAD @ YUM WOON SEN


Kerabu soh hoon thai, dibungkus dalam kepingan salad kobis (lettuce) dan dimakan begitu saja...Adunan rasa bergabung antara cili padi, masam, masin, manis dan rangup, amat mengasyikkan....

Bahan Utama:-
100 g soo hoon
1 cawan air
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
300 g isi udang
1 biji bawang besar, hiris halus
2 tangkai daun bawang, hiris halus
4 tangaki daun sup, hiris halus

Bahan Dressing:-
3 biji limau nipis, ambil jusnya
4 camca besar sos ikan
4 ulas bawang putih, cincang lumat
6 biji cili padi siam, hiris halus
2 camca besad gula

Bahan Lain:-
Kobis salad (lettuce)

Cara membuatnya:-
  1. Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
  2. Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.

Saturday, December 29, 2007

PUDING SUSU BERSOS COKLAT....

Semalam Datin Jun..buat puding susu bersos coklat khas untuk "Tuanku Budin"...jadi patik sebagai "wakil"...tuanku, membuat juga lah puding susu untuk dirasai keenakkannya sebelum dipersembahkan pada tuanku budin yang glamourrrr habis ittewww!!!!..hahahaha..

Bahan Puding:-
8 gm serbuk jelly
600 ml susu segar
1 bii kuning telur, pukul sikit
45 g gula halus
1 camca teh esen vanilla

Bahan Sos:-
250 g coklat masakkan
1/2 cawan susu cair
1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. Satukan susu, serbuk jelly, gula dan kuning telur, kacau hingga rata dan sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Tuang esev vanilla, kacau rata dan tuang dalam acuan kegemaran. Biar suam dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan susu, gaul rata. Matikan api dan masukkan mentega, gaul hingga rata. Ketepikan.
  3. Kelurakan jelly tadi dan letak dalam bekas sesuai, sudukan sos coklat atas jelly, kalau suka boleh dimakan bersama buah2an campuran dalam tin.....