BEN ASHAARI

Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Thursday, December 20, 2007

KUAH KACANG SARAWAK


Ini resipi dari Kak Pah Sherry....kuah kacang istimewa yang dicampur dengan daging...aduhh...nyamaannn sekalii!!!!

Bahan-Bahannya:-
200 g daging lembut batang pinang, dihiris nipis2
250 g kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
2 keping asam gelugor (mat guna 1 keping saja)
50 ml pati santan
Gula melaka (mat campur sedikit gula pasir)
Garam secukup rasa
1 camca besar cili kisar (mat guna 3 camca besar)
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
5 batang serai*
50 g udang kering, rendam dgn air panas dan toskan*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan daging, gaul rata dan masak daging hingga empuk dengan api sederhana, tambah sedikit air jika terlalu kering.
  2. Bila daging empuk, masukkan air (ikut keperluan), kacang tumbuk dan asam gelugor. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan gula melaka, garam dan santan, kacau hingga rata dan biar mendidih perlahan. Rasa kuahnya jika semua ok, boleh lah diangkat dan hidangkan bersama nasi impit...

Sunday, November 25, 2007

SAMBAL LADO MUDO

Hari tu, sempat juga mat singah2 di blog rakan Jun, Retno yang berasal dari tanah seberang (Indonesia)....masa skodeng2 tu mat tertarik satu resipi sambal yg berjudul "Sambal Lado Mudo"..bunyi ala2 loghat Minangkabau...jadi hari ni mat cuba lah buat....DAN rasa dia mengancammm U!!!...tak pedas, dan buat lebih boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau nak goreng nasi pun senang, cedok 1 - 2 camca besar dah boleh sebagai salah satu perencah, cuma mat tak de tomato mudo..kalau tak sambal tu garenti kaler hijau!!!..

Bahan-Bahannya:-
10 tangkai cili hijau
10 - 15 biji cili padi hijau
2 biji tomato hijau (tomato muda)
150 g bawang merah kecil
2 camca besar jus lemon/lime/limau kasturi
2 camca besar ikan bilis, digoreng garing
100 ml air
Garam dan gula secukup rasa
4 camca besar minyak masak

Cara membuatnya:-
  1. Rebus tomato, cili hijau dan cili padi hingga air susut. Angkat dari dapur dan biar suam. Kisar bahan2 tadi hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi hingga terbit minyak. Masukkan garam, gula dan jus lemon/lime/limau kasturi, kacau rata.
  3. Masukkan ikan bilis goreng tadi gaul sebati. Masak hingga sedikit kering dan rasa, jika ok boleh angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam botol bersih dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Selamat mencuba!!!

Friday, November 9, 2007

SAMBAL IKAN PARI

Semalam bonda mat ke Batu Pahat....bila balik tengok dia bawak ikan pari masin. Dalam pala otak terus nak masak sambal tumis ikan pari esok...Jeng...jeng..jengggg.....hari ni, pagi2 dan bangun rendam ikan pari tu dulu biar lembut dan kurang masin, lepas tu pakcik pun masak leerr...aduh u, sedapnya...kalau ada ubi rebus lagi leerrr meletoppp!!!!!

Bahan Utama:-
Ikan pari kering secukupnya, rendam 1 - 2 jam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca besar asam jawa, campur dgn 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
1 cawan cili kisar (atau lebih)

Bahan Tumbuk Halus:-
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 keping nipis hirisan halia
1 keping nipis hirisan lengkuas
1 inci belacan
2 biji buah keras

Cara membuatnya:-
  1. Ikan pari masin ditoskan dan cuci, potong sederhana besar dan goreng dalam minyak hingga ikan masin 3/4 garing. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Kemudian masukkan jus asam jawa dan ikan masin tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan garam (sedikit saja), gula ( lebih kurang 1 camca besar) dan serbuk perasa, jika suka. Gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa masin dan manisnya. Jika ok, masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut dan sambal sedikit kering. Angkat dan hidangkan.....

Tuesday, September 18, 2007

CENCALOK MELAKA......



Ini baru power nya pembuka selera...makan benda alah ni dengan nasi hangat, pastu ada ikan goreng pun dah sedap...nak sedap lagi ada pulak petai atau ulam2 macam daun pegaga, ulam raja dan segala macam ulam yang boleh dimakan lahh... (lepas makan banyak sangat ulam, mulut tak boleh cakap sebab suara dan tukar..mmmbeekkkkk!!!!!...ahakss). Oleh kerana 'cencalok', makanan yang lumrah di kalangan rakyat Malaysia/Singapore. Jadi tak delah resipi, ok....cuma yang perlu ada...cencalok, hirisan bawang merah kecil, hirisan cili padi dan jus limau kasturi/nipis/lemon...itu je, budak sekolah rendah pun boleh buat!!!!

Sunday, September 16, 2007

SERUNDING KELAPA



Serunding kelapa.....selalu masa nak raya je buat...tapi sebab nak makan lontong punya pasal, gagahkan diri jugak buat serunding, tak delah susah sangat cuma rasa "malas" je buat kita rasa susah...

Bahan Utama:-
1/2 biji kelapa kulit basah (kelapa yang isinya agak muda)
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar cili kisar
1 camca besar jus asam jawa

Bahan Dikisar:-
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, diracik halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

Cara membuatnya:-
  1. Parut kelapa, cuma bahagian putihnya saja. Gaul dengan serbuk kunyit dan sangai dalam kuali 1 - 2 minit untuk mengeringkan kelapa tadi. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, masukkan 2 camca besar minyak dan tumis bahan2 kisar, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan gula (anggaran 2 camca besar) dan sedikit garam serta jus asam jawa. Kcaua hingga rata.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata. Kecilkan api dan terus mengacau hingga serunding berderai tetapi tidak kering, maksudnya masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Thursday, September 6, 2007

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Untuk dihidangkan bersama nasi lemak sebagai bahan pelengkap, boleh juga, dimakan dgn ubi rebus...alahh haaaiiii sodap tu!!!!

Bahan Utama:-
2 ekor sotong kembang (kurang lebih 500 g)
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
2 cawan cili kisar
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Halus:-
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 inci belacan

Cara membuatnya:-
  1. Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan jus asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering. Rasa garamnya sebelum diangkat.

Sunday, September 2, 2007

SAMBAL BELACAN KUININ

Harum, pedas dan berapi.....tapi punyalah selera kalau makan, boleh berpeluh u....jom makann!!!!

Bahan-bahannya:-
1 biji buah kuinin yang masak ranum
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar
Sedikit garam kasar
Secubit gula

Cara membuatnya:-
  1. Kupas buah kuinin, potong kecil2 dan ketepikan. Dalam lesung batu, masukkan cili merah, cili padi, garam, gula dan belacan bakar. Tumbuk hingga hancur dan lumat.
  2. Kemudian masukkan potongan buah kuinin tadi dan tumbuk perlahan hingga buah separuh lumat. Gaul dgn sudu hingga rata. Boleh lah dihidangkan sebagai pembuka selera..