BEN ASHAARI

Monday, July 30, 2007

KUIH SERI MUKA / PUTERI SALAD


Kuih Seri Muka atau Puteri Salad...resipi nie dari NanaSham salah sorang ahli "MyResipi"...

Bahan Lapisan Bawah:-
500 g beras pulut, rendam 30 minit
400 ml santan cair
1 camca teh garam (boleh kurangkan sikit)
2 camca makan minyak masak

Bahan Lapisan Atas:-
120 g tepung gandum*
3 camca makan tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
140 g gula halus (boleh lebihkan sedikit)
3 biji telur (gred A)
450 ml santan pekat
1/2 camca teh garam (boleh kurangkan)

Cara membuatnya:-
1- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan masukkan dalam tin berukuran (9 x 9 x 3) inci. Kemudian masukkan semua bahan utk lapisan bawah, gaul dan ratakan pulut. Kukus 25 - 30 minit. Keluarkan tin dari kukusan dan tekan sedikit supaya padat dan rata.

2- Satukan kesemua bahan2 utk lapisan atas dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan rata. Tapis adunan dan perlahan2 tuang atas pulut tadi. Kukus 1 jam atas air mendidih. Gunakan api sederhana. Balut penutup kukusan utk mengelakkan air jatuh atas permukaan kuih.

1 comment:

Anonymous said...

Abang Mat,

Kiuh serimukanya nampak sedap je..tapi lapisan atasnya yg hijau tu... pakai pati daun pandan ke pandan paste..? Abang oii... kenapa tak tulis ni ...lupa ke..? Update boleh tak .. Nak cuba ni resipinya....emaacih...