BEN ASHAARI

Tuesday, July 31, 2007

PASTA GORENG

Mmm.. masa kepala dah tak tau nak masak apa...jadi masak jelah apa yang ada...janji boleh makan!!!

Bahan-bahannya:-
250 g pasta (tak kesah apa bentuk), direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis
1 camca besar tomato pure

Bahan Dikisar Halus:-
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besat
2 biji lada merah

Bahan Sos, disatukan:-
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair.

Cara membuatnya:-
1- Panaskan minyak dalam kuali, goreng cendawan hingga perang dan tolak ke tepi kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan bahan sos dan kacau goreng hingga pecah minyak.

2- Kemudian masukkan ke semua bahan2 di atas kecuali pasta. Gaul hingga mesra dan masukkan pasta, kacau hingga semua bergaul. Boleh ditambah kicap cair jika kurang masin. Angkat dan hidangkan bersama cili jeruk (jika suka).

No comments: