Bahan-bahannya:-
1 biji buah kuinin yang masak ranum
3 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar
Sedikit garam kasar
Secubit gula
Cara membuatnya:-
- Kupas buah kuinin, potong kecil2 dan ketepikan. Dalam lesung batu, masukkan cili merah, cili padi, garam, gula dan belacan bakar. Tumbuk hingga hancur dan lumat.
- Kemudian masukkan potongan buah kuinin tadi dan tumbuk perlahan hingga buah separuh lumat. Gaul dgn sudu hingga rata. Boleh lah dihidangkan sebagai pembuka selera..
No comments:
Post a Comment