BEN ASHAARI

Tuesday, August 21, 2007

AIS KRIM KACANG MERAH


Ais krim kacang merah....sedapnyaaa kalau makan waktu cuaca panas2 macam sekarang nie....mengiurkan!!!!

Bahan-bahannya:-
270 g coffemate
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara membuatnya:-
  1. Satukan coffemate, susu segar dan gula kastor dalam satu bekas, kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam freezer 4 jam atau hingga 3/4 beku.
  2. Kacang merah ditoskan dan lenyek hingga hancur. Ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dari freezer dan masukkan ke dalam mixing bowl, pukul pada kelajuan tinggi selama 10 minit. Kemudian masukkan kacang merah lecek dan putar lagi utk 2 - 3 minit.
  3. Alihkan ke dalam satu bekas (seperti tupperware) dan simpan dalam freezer kurang lebih 8 jam atau 1 hari...

5 comments:

Lydia said...

Cik mat, sy suka sudu tu... special. Nak kasi komen kat gambar sikit boleh?? :D

IbnuSina said...

Sky...i harap sangat u komen pasal gambar...sebab i nie bukan biasa tangkap2 gambar nie....kongsi sikit teknik u ambil gambar....

Lydia said...

teknik u ambil gambar ok... light also good. tapi i rasa klu gambar tu edit sikit, potong sikit background tu akan nampak lebih cantik.

IbnuSina said...

potong background yeaa....oooo ok..Thanks sky, kalau ada apa2 lagi tips bagi tau i yeaa...hehehe...

Lydia said...

ish... cepatnya u tukar gambar. takde tips lah... klu background tu cantik i tak potong... hahaha jgn marah eh. :p