BEN ASHAARI

Monday, August 13, 2007

SIMPLE FRUIT MUFFIN


Ringkas, mudah dan sedap...tak percaya ke?...cubalah try...menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2..

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan UTH Whipping Cream
1/3 cawan gula kastor
1/2 cawan mix fruit
2 biji telur gred A (lebih kurang 60g sebiji)
1 camca teh esen vanilla
Ceri sebegai hiasan.

Cara membuatnya:-
  1. Ayak tepung dan gaul dengan mix fruti tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan esevn vanilla. Kacau menggunakan wisk hingga sebati, masukkan UHT Whipping Cream dan terus mengacau hingga sebati dan sedikit kembang.
  3. Masukkan tepung yg telah digaul dgn mix fruit tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga sebati dan tepung tidak berbintil.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh, hias dgn sebiji ceri. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidang...

No comments: