BEN ASHAARI

Sunday, August 26, 2007

CREAM CHEESE SPIRALS


Sesuai untuk minum teh waktu petang dan hidang bersama, scones, muffin dan tat...lepas tu minum pulak teh Earl Grey....alahhh hai, macam ala2 'English" u.....untuk teknik langkah demi langkah boleh rujuk disini...

Bahan Doh:-
110 g mentega
110 g cream cheese
120 g tepung gandum
1 camca besar gula aising

Bahan Inti:-
20 g walnut, dikisar sederhana halus
20 g badam, dikisar sederhan halus
50 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca teh serbuk kayu manis

Bahan Lain:-
1 putih telur
Gula aising secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Dengan menggunakan wisk, kacau mentega, cream cheese dan gula aising hingga putih dan sedikit kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dgn spatula hingga tepung habis dan adunan tidak melekat di mangkuk. Jangan bimbang jika adunan sedikit lembik.
  2. Bulat2kan doh tadi dan leperkan sedikit, bungkus dgn plastik cling dan sejukkan 45 minit - 1 jam. Sementara itu gaulkan bahan inti hingga sebati. Ketepikan.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk, tabur tepung pada papan pencanai dan canai doh hingga menjadi bulatan berdiameter 11 inci. Sapu dgn putih telur dan tabur bahan inti rata. Gunakan pisau yg dicelup dalam tepung, bagi bulatan tadi kepala 16 bahagian yg sama besar.
  4. Dengan berhati2 gulung setiap bahagian dari luar ke dalam. Alih pada dulang pembakar yg telah di lenser dgn sedikit mentega. Sapu kuning telur (jika suka) dan bakar 15 - 20 minit pasa suhu 175C. Sejukkan atas redai dan ayak gula aising sebelum dihidang.

1 comment:

mrsdayat said...

cik mat..tanye sket. sy dh wat 2x resepi ni aritu..nice!!just nak tanye..tang bahagian inti die tu..bile dah masak mmg agak lembab ek?bhgn lain ok dah..nak bakar lame sket..takut itam logam lak kang.cite sket cik mat..