BEN ASHAARI

Thursday, August 30, 2007

SOTONG GORENG HITAM

Hitam-hitam si tampuk manggis, walau pun hitam dipandang manis.......ye ke...hitam itu manis?...tapi 'sotong goreng hitam' ni, memang manis.....

Bahan-bahannya:-
500 g sotong comet (sotong jenis kecil)
1 camca besar serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
1 tangkai daun kari
1 camca teh sos tiram
Hirisan daun sup dan cili merah untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Sotong comet dibersihkan, buang tulang sotong dan isi perutnya, tetapi dakwat sotong dibiarkan. Berhati2 supaya dakwat sotong tidak terpecah dari kantungnya. Kemudian gaul dgn serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tuang 3 camca besar minyak masak, tumis daun kari, halia, bawang putih, bawang besar dan cili merah/hijau hingga sedikit layu dan naik bau. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  3. Masukkan sotong dan kacau hingga rata. Masa ni masakkan akan bertukar wajah, dari biasa ke sedikit mengerikan, jadi kehitaman, tapi itu lah yg membuatkannya manis. Tuang sedikit air (anggaran 3 - 4 camca besar saja) dan masak hingga pekat. Rasa garam dan jika kurang boleh tambah sedikit lagi. Angkat dan hias dgn hirisan daun sup dan cili merah sebelum hidang.

2 comments:

Lydia said...

sotong tu dari longkang depan rumah eh?

IbnuSina said...

hahahaha......Sky, soalan u, sama macam my niece tanya. U kutip dekat longkang ke sotong tu?...dia tak mau makan sebab geli...hahahah