BEN ASHAARI

Tuesday, October 30, 2007

BAKSO AYAM

Semalam "Har Mee"..hari ni cuba buat Bakso pulak, bukan sebarang bakso, tapi bakso ayam!!!..Sebab utama mat ubah suai bebola daging lembu kepada bebola daging ayam ialah atas dasar kesihatan bonda mat yang tidak boleh mengambil daging (boleh tapi tak boleh banyak)..asalnya mat terpandang bakso kat fotopage Mak Lang....itu sebab berkenan sangat.....Jemput makan semua..silakan!!!!

Bahan Untuk Bebola Ayam:-
500 g daging ayam, bahagian dada
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)
3/4 camca teh garam
2 camca besar hirisan halus daun sup
4 camca besar tepung jagung
1 putih telur
1 camca teh baking powder

Bahan Sup:-
2 liter air (atau lebih)
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 ulas bawang merah kecil*(*kisar halus)
2 inci lengkuas, diketuk
3 ketul kiub stok daging lembu/ayam "MAGGI"
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar lada hitam biji*(*ditumbuk halus dan bungkus punjut, gunakan kain muslin)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 - 4 camca besar kicap cair

Bahan Lain:-
Mee kuning @ Mee hoon (celur hingga lembut)
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan halus kobis
Hirisan halus lobak merah
Taugeh
Bawang goreng
Cili kicap*(tumbuk 10 cili padi + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)
Sos cili*
Sos tomato*
Sos tiram*(*jenis2 sos yg digunakan)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK BEBOLA AYAM:- Satukan semua bahan2 untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal. Buatkan bebola (bergantung pada masing2, jika suka boleh buat besar atau pun comel2). Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, tuang 3 camca besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi. Masukkan kiub pati daging lembu/ayam, dan rempah yang telah dipunjut. Biar mendidih perlahan 20 - 25 minit. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi. Rasa kuahnya dan jika OK..boleh padamkan api. Jika kurang "berangin", boleh tambah lada hitam serbuk...
  3. PENYEDIAAN BAKSO AYAM:- Dalam mangkuk, masukkan mee (samada mee kuning, mee hoon atau campur kedua2nya). Tabur taugeh, kobis dan lobak merah. Tuang sup atas mee bersama bebola daging ayam tadi. Hias dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Letak setiap jenis sos sedikit2 atas bakso tadi mengikut kemahuan masing. Lepas tu boleh laaaa.....BEDAL!!!!!....Selamat mencuba yeaa.......

3 comments:

jo ayee said...

tak pernah makan, & tak pernah dengar nama masakan ni...masih cetek lag dalam ilmu masak2 ni

Aidan's Mama & Papa said...

my favourite!! tak pernah buat, tapi pernah makan kat jakarta dulu. kalau teringin buat indomee flavour bakso je... terrer sungguh la che' mat kita ni!

(p.s: mat, lepas ni buat mee rebus hj. wahid lak eh?)

Z

Mat Gebu said...

Jo...
Eh...mana ada u cetek ilmu, i lagi cetek (sebab lagi muda..hahaha!!!!)..Tapi itu lah kan kelebihan kita berkongsi2 resipi kat alam maya nie...macam2 ada!!!!!...:-)

Zaza...
Zaza, mat pun 1st time buat,nasib baiklah rasa dia ok...takut juga rasa lari dari resipi asal. Teringin juga nak try mee rebus hj wahid tu..tapi payah nak dpt rasa sama laa...apa lah rahsia pak haji tu kan?...