"Beef Char Siew"....pada mat ini benda baru, kalau orang2 cina mereka guna "benda" yang kita tak boleh makan (haram!!)..tapi boleh kita ubahsuai penggunaan bahan tersebut dengan daging lembu atau pun daging ayam....asalnya mat ke dapur "Great Lydia"....dan ternampak produk char siew hasil dari Lydia...Tapi paling utama, kalau nak lagi sedap...HARUS..di BBQ atas bara api arang, baru lah hasilnya amat memuaskan...selamat mencuba untuk semua!!!
Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang
1 camca besar madu
2 camca besar Hoisin Sauce
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh kicap cair'
2 biji bawang putih, tumbuk lumat
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh pewarna merah (food coloring), optional
Cara membuatnya:-
- Potong daging batang pinang 3 bahagian memanjang. Cuci bersih dan toskan. Cucuk setiap bahagian daging tadi dengan garfu. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan diatas kecuali daging dan madu, gaul hingga rata dan sebati. Masukkan daging dalam beg plastik (yang baru) atau tupperware, tuang bahan perap dan gaulkan dengan daging hingga rata. Masukkan dalam peti sejuk dan perap 1 - 2 malam. Kalau simpan dalam freezer, boleh dibiarkan hingga 3 bulan (lagi lama, lagi sedap).
- BEEF CHAR SIEW:- Asingkan daging dari bahan2 pemerap. Panaskan bahan pemerap tadi hingga sedikit pekat, matikan api dan masukkan 1 camca besar madu, gaul rata. Hidupkan api arang (charcoal) hingga menjadi bara, BBQ daging tadi hingga masak, sapu bancuhan tadi semasa proses membakar. Tujuan menyapu untuk menghasilkan lapisan kilat pada daging. Selamat mencuba!!!
6 comments:
cantik colour dia!! bersinar lagi...
Ikut tips u, campur madu dalam bahan untuk sapu atas char siew.....sedap!!!
Salam Berkenal-kenal Cik Mat:
Suka tengok your blog...ada klasss harus selalu ke sini...boleh belajar-belajar gitu. Kalau sudi jenguklah blog saya yang tak seberapanya itu..
Terima kasih azian....itu sudah pasti...kita kat sini kan bertukar2 idea memasak..kira amal jariah jugak tu....ok sekarang juga i pergi!!!!
char siew ni kan Mat, klu ada lebih, potong dadu kecil2 letak dalam nasi goreng ala cina tu sedap Mat!!! pastu makan dengan sup telur dan tomato. pergghhhh....
Tapi kak hani...hari tu mat buat 500 gm tu jadi tak byk laa...sebab daging tu jadi kecut...Lain kali nak buat lebih2...
Post a Comment