BEN ASHAARI

Friday, October 5, 2007

KUDAPAN WAJIB...

Cuci mata dulu yeaa...dengan "Rempeyek Kacang Tanah"....bonda mat buat tak pakai acuan bulat macam piring tu, dia suka siram bancuhan tu tepi kuali saja....
Lagi satu wajib bagi orang2 jawa.."Tumpi Kacang Hijau"....yang ni, kacang dia kena rendam dulu, kalau tak kacang tu keras macam batu kerikil!!!
Kerepek pisang pun sama, mesti ada, sebab utama ialah pisang tanduk ni pokok pisang kegemaran ayah mat untuk ditanam di kebunnya....ini lah hasilnya!!!!!

Resipi Asas Untuk Rempeyek/Tumpi:-

500 g tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 biji kelapa, diparut
Kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
4 - 5 ulas bawang putih
1/2 cawan ketumbar biji
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca besar udang kering, rendam 5 minit dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan

Cara membuatnya:-
  1. Kelapa parut diperah santan secukupnya (lebih kurang 1.5 liter). Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung ubi dan bahan kisar. Larutkan kapur dengan sedikit santan. Masukkan dalam tepung tadi.
  2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan wisk hingga adunan sempurna kepekatannya. Kalau bonda mat, dia kata kalau kita celup senduk dan angkat, belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung, kira dah ok...
  3. Perasakan dengan garam, jangan letak banyak2 dulu kerana udang kering dan ikan bilis tu dah masin. Adunan siap untuk ditebar tepi kuali atau menggunakan acuan macam piring tu.
  4. Terpulang sama ada ingin menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal...Jika gunakan kacang hijau, cuci dan rendam terlebih dahulu untuk kurang lebih 6 jam, begitu juga kacang dhal perlu direndam (tapi tatau pulak berapa lama nak rendam, sebab tak pernah buat tumpi kacang dhal)...
  5. PERHATIAN!!..Resipi ni mat cuma buat anggaran sahaja, sebab bonda mat dia guna kaedah "agak2 dan ikut rasa"...tatau mcm mana nak menggayakannya....

9 comments:

jo ayee said...

nak resepi tumpi kacang hijau...cepat la mat..3 jenis kuih ni sama ngan kuih kat kampung MIL..

Lydia said...

ni lah kuih raya yg i makan masa kecil... i tak nak resepi, minta hantar kuih kat sini boleh? hehe

mat, simpan resepi tu baik2 tau... nanti boleh pass kat cucu2, so kuih tradisi ni tak hilang.

Anonymous said...

sedapnya...terliur tgk

tumpi & rempeyek nih slalunya makan masa tengok tv ngan ayah n famili sebab fave ayah

ZazaHardy said...

mat, kita kat sini jilat tapak tangan je tengok mat masak biskot ngan kuih kuih ni semua!!

Zaza

noreen said...

mat tahun lopeh kakak den siap anto tumpi ngan rempeyek kat sini banyak tul sampai cukuplah stock utk setahun. tu pun mak mertua dia org johor yg buat sodap bangat. org2 johor nie mmg pandai masak ke mat tulun jawab sikit. tahun nie nampok gayo den kono buek sendiri ler apo buleh buat

Anonymous said...

cik mat thanks for this resepi.. betul ke semua secret resepi dah buh dlm ramuan rempeyek tu.. atau... hhmmm ada lagi...

Anonymous said...

cik mat, leh ajar teknik simbah kuali?

Mat Gebu said...

Dari pemerhatian mat laa....bonda mat selalu sebelum buat tu, kuali dia gosok bagi kilat (kami guna kuali aluminium jenis besar tu), utk mengelakan rempeyek/tumpi melekat. Pastu panaskan minyak (banyak!!...serammm)..bila minyak panas, siram2 keliling kuali, pastu bila dah ok, ambil satu senduk adunan yang telah dicampur kacang tanah/kacang hijau dan curah tepi kuali sambil senduk tu kita larikan tepi kuali...lagi satu, kita tak boleh tebar tepi kuali banyak2, memadai 2 - 3 tempat, bukan apa bila rempeyek tu tanggal dari tepi kuali dan masuk dalam minyak panas, jadi dia ada lah ruang nak "mandi", kalau ramai sgt nanti tumpi/rempeyek kita kedut dan berlipat2> Goreng dengan api sederhana, kalau kuat sgt nanti kacang hangus, dalam dia tak masak (terutama kacang tanah). Pu3...rasa2 mat itu je lah kot, tak nampak pulak bonda mat bbuh benda2 rahsia..mcm air embun ke atau nak kena simpan adunan tumpi tu bawah katil ke...ahakss!!!

Anonymous said...

thanx for the answer cik mat.. n your comment to pu3 - HAHAHAHA...! terkejut anak i tiba2 uminya gelak x ketahuan!