BEN ASHAARI

Wednesday, October 31, 2007

GULAI PISANG MUDA


Gulai pisang muda.....lauk-pauk biasa bagi orang2 melayu dan luar biasa bagi bukan orang2 melayu.....hari ni pagi2 bonda mat dah menyiang pisang muda untuk dimasak gulai. Lepas tu yang selebihnya pakcik punya kerja lah....hehehe..kalau nak menyiang pisang muda ni pakcik ada sikit malas, sebab tak tahan dengan getah dia tu..lekit2 laa..rimas u!!!

Bahan Utama:-
1 sisir pisang muda (mat guna jenis pisang emas)
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau (boleh guna ikan masin lain)
2 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah 7 - 8 biji cili padi)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-
  1. Siat nipis kulit pisang muda tadi, potong sederhana besar secara menyerong dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor. Buat sampai habis dan biar terendam seketika. Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 10 - 15 minit. Tuang 400ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 700ml air lagi, ramas dan tapis untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Toskan pisang tadi, asingkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan2 yang dikisar, tulang ikan masin, serai dan 2 keping asam gelugor (asam yang baru). Jerang atas api sederhana sambil digaul kesemua bahan2 tadi hingga rata. Masak 5 minit.
  3. Kemudian tuang santan no.2 dan biar mendidih hingga pisang sedikit lembut. Masukkan santan no.1 dan gaul rata. Rasa kuahnya dan letak garam berdasar tahap kemasinan yang diingini. Perlu diingatkan tulang ikan masin tadi akan mengeluarkan rasa masinnya. Jadi berhati2 dalam penggunaan garam. Masukkan sedikit gula dan biar mendidih 1 - 2 minit. Boleh dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam2man....Hmmm...sedappp!!!!!

5 comments:

ummi said...

en mat, saya suka makan gulai pisang muda, kena dengan ikan kering, perghhh...

btw, i like the plate in this photo. mmg kena dengan tema gulai pisang muda tu!

MyPeriukBelanga said...

betol kata ummi (salam ummi), kalo mkn ngan ikan kering puhhh aku lalu blakang ko pun ko tatak nmpk matt eh...
tapi pasar umah knis ni susah nk dpt sayor2 utk msk lauk kampung ni kadang2 bila tak cari blambak ada, tuari knis cari nangka muda pun tak mai2 ingt nak wat msk lemak pekena ngan rendang padang aisey man sentil tolak tepi kejap!

Mat Gebu said...

Ummi...
Memang betul..itu pasal kita org2 melayu nie kalau susah pun leh hidup, sebab boleh pelbagaikan benda2 semulajadi..

Kak Nis...
Sedapnya rendang padang...ada ke resipi dia kat "dapur" mak dara?..kalau tak de boleh leer letak...ter"mengidam" hamba mendengarnya...

lina said...

nostalgianye... kat kg mak selalu masak (masa kecik2) sekrg dah jaran... huhuhu

Aidan's Mama & Papa said...

betul kata ummi. makan gulai pisang muda ngan ikan kering power!!

the last time i had this was at MINHA, kat uda.

Z