BEN ASHAARI

Saturday, October 27, 2007

TRIO MARBLE CAKE


Kek yang lembut, gebu dan boleh dipelbagaikan citarasanya, sebenarnya resipi kek marble trio ni dah lama ada kat MyResipi..cuma mat jarang buat, kali terkahir buat masa raya hari tu, tapi tak sempat nak tangkap gambar dan letak kat sini, jadi hari ni mat dgn ikhlas hati buat dan letak kat "dapur" peribadi mat nie....jom lah kita buat ramai2!!!!

Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.

5 comments:

savemezero said...

abg mat....pos la skit kek ni...sedapnyaaaaaa

Mat Gebu said...

alahhaii..kesian kat u...Sue, kalau ada masa terluang boleh leer try..pakcik takut "org dalam" tu yg terliur....kesian tau!!!

savemezero said...

nak try tu ler abg mat....bkn teror pun. alat2 buat kek pun takder.....huhu. tgk je la kek abg mat ni.

iyta said...

assalamualaikum,salam perkenalan,ni 1st time menyapa mat...selalu singgah dapur mat tp lum berkesempatan nak say hello..iyta suka kek marble tp bila buat selalu jd tak gebu dan tgh2 selalu basah mcm tak masak...leh ke bg tip2 utk buat kek marble ni..dan gliserin tu leh dpt kat kedai bahan kek ke? makasih...

saslinda said...

abg mat, thanx sgt2, dah pernah cuba dua tiga kali, alhamdulillah jdk,la ni br masuk kek dlm oven, linda suka sgt, nanti rayer thn ni nak ajak abg mat dtg umah kat jb hhehhe komen kek linda ni huhu