BEN ASHAARI

Thursday, December 27, 2007

CHEDDAR CHEESE CAKE

Resipi asal dari "Alex Goh"...mat dah pernah buat kek ni dulu. Hari ni buat lagi, saja je suka2, tapi macam biasa cuma buat 1/2 adunan saja.....kek dia lembut, tak de lah manis terlampau, lemak dan harum dan sedap bagi penggemar2 keju...

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari resipi di bawah)
250 g mentega
230 g gula halus
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...

4 comments:

adam brown said...

Hi, this is not so related to your page, but it is the site you asked me 1 month ago about the abs diet. I tried it, worked well. Well here is the site

MyPeriukBelanga said...

alamak matt ekau nak diet ker? ahak, tak le ku bayangkan nak pnggil matt apo lopeh diet ni....matmenten bole?? matt jika berjaya peroleh diet nnti leh samo2 gayo kan wiron baru makdaro dr surabaya, cun lerr....ampunn & cabuutttt!!

abercrombie coupons said...

so nice ,i like it ,i want to do it

polo ralph lauren said...

so nice ,i like it ,i want to do it