BEN ASHAARI

Wednesday, December 19, 2007

KEK LAPIS HORLICKS - MILO

Seumur hidup. ni lah baru 1st time buat kek lapis...kelako betul, orang lain dah pandai lama, pakcik baru nak merangkak..apa2 pun kita ok lahh..resipi dari Rozzan...lain kali kalau dah pandai, pakcik buat yang ada pattern pulak yeaa..

Bahan-Bahannya:-
1o biji telur gred A
460 g mentega
200 g gula halus (castor sugar)
390 g susu pekat manis
240 g tepung halus (Hong Kong Flour), diayak
100 g Horlicks
100 h Milo

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Masukkan susu pekat manis, pukul hingga rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagain sama banyak, satu di campur dengan horlicks dan lagi satu dicampur dengan milo. Gaul rata setiap adunan hingga sebati dan mesra.
  3. Letak 4 camca besar adunan horlicks ke dalam tin berukuran 9 x 9 x 3 inci yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Ratakan dan bakar menggunakan api grill pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C...selama 3 - 5 minit.
  4. Bila masak keluar tin. Cucuk dengan lidi sate jika lapisan ada gelembung udara dan tekan dengan penekan kek supaya rata. Masukkan 4 camca besar adunan milo, ratakan dan bakar 3 - 5 minit. Buat kaedah sama untuk lapisan horlick, kemudian milo dan seterusnya hingga siap. Yang penting setiap lapisan mesti ditekan biar rata dan jika terdapat gelembung udara, harus dibocorkan.
  5. Untuk lapisan terakhir, bakar dengan api atas dan bawah selama 5 minit. Sejukkan kek 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan...

9 comments:

kakyu said...

wah en mat cantiknya kek lapis tu...kita baru je tgh berkira2 nak buat tp nak tgu line clear dulu...musim cuti sekolah ni power rangers asyik bertukar jadi raksasa je...takut lak jadi 2 lapis je kek tu.... apa2 pun semangat tu masih ada...nanti...klu kak yu berjaya nanti akan kabarkan pd mu....

K i a H R o N g G e n G said...

Selamat hari raya aidiladha buat MAT dan keluarga....yachhh sedap kek lapis nie nyum..nyumm

Mat Gebu said...

kakyu...
Mat pun 1st time buat..kelako betul...org lain dah pandai kita baru nak buat. tapi semangat tu penting kan....kak yu bolehh!!!!

KiahRonggeng...
Ma kasih...selamat hari raya aidil adha utk kiah juga...

kak pah said...

Mat.. dah cantik ler tu... akak masa 1st time buat dulu (klu tak silap umur 15-16 thn) lg ler haru... lapisannya entah apa2..ada yg nipis & ada yg tebal
Tp Mat 1st time dh mcm tu..kira lawan tokeh ler ni.. hehehe
SLMT HARIRAYA AIDILADHA..MAAF ZAHIR BATIN..

Anonymous said...

nak tanya.. api grill tu mcm mana??

IzzahIzzy said...

thanks.. izzy dh cube kek ni.. sdp.. 4 ari dah abis.. thanks..

mummywaielah said...

Salam Abg Mat, nk tanyer Hog Kong flour tu boleh ganti ngan Superfine tak? atau mmg sama kedua2 ni? thanks!

Anonymous said...

abg mat.....sha mmg teringin nk bljr wat kek lapis ni.....tpi nk tanye la tepung hong kong tu nak dptkan kt ner...? sha dh cari kt care4 tpi xde la...

cik sidah said...

sedapnya...terliur