Jom makan serawa durian semua...tak larat nak celoteh banyak....waaa manyakkk penat ini haliii...manyakk sorryyy ok!!
Bahan Pulut:-
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya
Bahan Kuah Serawa:-
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)
Cara membuatnya:-
- UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam, daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
- UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi....
No comments:
Post a Comment