BEN ASHAARI

Tuesday, December 25, 2007

PUDDING CARAMEL HO AH LIN

Puding karamel Ho Ah Lin...Masuk blog kak jun, dia buat, masuk blog sweetlily, dia buat juga...Eh tak bley jadi....mat pun nak buat juga..Dengan izinnya maka terhasil lah resipi kak lina tu, cuma mat buat 1/2 adunan saja (itu pasal nampak nipis).....tatau laaa bila nak habis...tak palah janji dah buat...

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
6 biji telur
80 g gula halus
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair
410 mk air
1 camca teh esen vanilla
80 g gula halus*
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
  2. Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit.

6 comments:

Ummi said...

Amboiii..amboii..sume org wat puding caramel..akak bru wat puding sago, x sempat pn nk makan lagi..bz memanjang..(*tgk calendar..) ooo org raya xmas rupanya..patutlah, makan caramel..hehe..sagu ni, org jepun pnya raya kot! ahaks!!

Mat Gebu said...

ahakkks..sebab geram tgk ramai yg buat..itu pasal mat buat pulak...

MamaFaMi said...

Aik....jangan lepas ni terjangkit ke rumah mama udahlah ye... ahakss...

Mat Gebu said...

mama...sekarang dah "wabak"...cream caramel pulak..hehehe

suwito said...

sedapp!! tiap kali blik kg mst buat ni untuk adik =))

polo ralph lauren said...

so nice ,i like it ,i want to do it