BEN ASHAARI

Thursday, December 20, 2007

NASI PILAF...


Ini dia "Nasi Pilaf"...mak dara sentil dari Singapore....dah lama nak cuba...dan hari nie dah cuba..terima kasih "Kak Nis"......i lap u lahh mak dara!!!

Bahan-Bahannya:-
1 kg beras Basmathi, rendam 30 minit dan toskan
200 g mentega berkualiti tinggi (SCS atau Golden Churn)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang besar, cincang halus
1 inci halia, diketuk (resipi asal tak letak)
1/2 cawan kismis kuning
Sedikit garam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar (mat tak letak)
1/2 cawan bawang goreng
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan halia. Goreng hingga layu. Masukkan beras dan goreng beras dengan bahan2 lain. Gaul perlahan2 untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Kemudian, alihkan bahan2 tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air secukupnya (mat guna anggaran 1 nisbah 1.3...contohnya kalau beras 1 cawan, air dia 1 1/3 cawan) dan masukkan garam, gaul rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, taburkan kismis dan semua jenis daun2 dan bawang goreng. Biar nasi tanak betul. Gaul perlahan menggunakan chop stick untuk mengelakkan nasi patah2. Hidang bersama lauk kegemeran masing2..

2 comments:

[SyazwaniBintuAdnan] said...

salam chef mat gebu a.k.a CMG (no more cik mat gebu!) hehe.
em, nk tny la, cmg tanam sendiri ke daun pudina tu? dia leh hidup kt mana2 suhu ke? atau kne suhu persekitaran yg sejuk mcm kt genting higland tu? lg satu nk tny, senang x nk jaga pokok ni? i mean, kne siram n baja tiap2 hari ke? ni budak2 baru belajar, kalau salah, tolong tunjukkan! tq cmg, salam `eidul adha!

Mat Gebu said...

hi sya...
Pasal pokok pudina tu, mat tanam dalam pasu. Kalau kat Giant atau Tesco ke kan ada jual pudina (dalam bungkusan), mat beli yg tu je tapi kena pilih yg segar, bila balik terus tanam dalam pasu, gunakan tanah yg kaya bahan2 organik..jgn letak kat panas sgt, biar kena cahaya 50% jee..contohnya bila u tanam mula2 tu letak kat tempat redup sampai dia berakar..kurang lebih 2 minggu mcm tu..lepas tu boleh lah letak kat balkoni...mat pernah nampak org tanam pokok pudina sebagai pokok gantungan...