BEN ASHAARI

Monday, October 1, 2007

TAT NENAS NYONYA


Tat nenas..bukan saja menjadi kegemaran kaum melayu, tapi juga kaum nyonya dan semua rakyat Malaysia amnya..Jadi mat hari nie buatlah tat nenas sebab macam terlebih rajin sikit....terima kasih pada "Bonda" mat kerana sudi menggentel jem nanas sebagai intinya....

Bahan Doh:-
680 g tepung gandum
400 g mentega
1 kuning telur
2 camca besar gula aising
2 camca teh esen vanilla
2 - 3 titik pewarna kuning
1/4 cawan air dari peti sejuk

Bahan Jem Nenas:-
8 cawan parutan nenas
6 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK JEM NENAS:- Perah sedikit jus nenas, tapi jgn sampai kering, masukkan dalam kuali bersama gula dan masak hingga gula larut. Masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis, kacau atas api perlahan hingga jem kering. Padamkan api dan masukkan mentega. Gaul rata dan sejukkan. Bolehlah digentel mengikut saiz acuan tat masing2..
  2. UNTUK DOH:- Satukan mentega, gula aising, esen vanilla, pewarna kuning dan kuning telur dalam mixing bowl, kalau hingga semua sebati. Masukkan tepung tadi dan gaul ramas sehingga adunan bertukar seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit dahulu sambil mengadun hingga menjadi doh yang lembut. Tidak mengapa jika air tidak habis. Rehatkan doh dalam peti sejuk 30 minit.
  3. UNTUK TAT NENAS NYONYA:- Ambil segenggam doh dan canai setebal 1/2 cm, terap menggunakan acuan tat kegemaran masing, susuh atas dulang dan isikan dengan jem nenas yang telah digentel tadi. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 12 - 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

3 comments:

Hani said...

haaa.... dah keluar pun resepi. ni yang dok tunggu2 nih. anak dara kat rumah ni suka tart nenas. nak buatkan dekat dia la... btw, adunan tart ni lembut agak2 macam mana? klu tekan guna gadget cookies yg macam pam tu OK dak? sebab kat sini tak dak acuan tart tu la...

ZazaHardy said...

senang eh mat buat kuih tart? the leceh bit is to cook the jam kan? terrer la terrer!!

Zaza

Mat Gebu said...

kak hani, masa u letak air tu, kak hani boleh agak2, kalau rasa nak tekan guna acuan pam, biaq doh tu lembut, maknanya tuang leer lebih skit air ais tu....Zaza...kat M'sia kalau macam ter"malas" leh beli je kat kedai baking...senang, tapi mat rasa yg jual kat kedai tu jem utk tart nenas rasa dia ok lah jugak...