BEN ASHAARI

Thursday, November 15, 2007

CREAM PUFF WITH LEMON CURD


Malas punya malas...tiba2 ter"jadi" cream puff...hahaha, susah lah kalau dah suka masak, perkataan "malas masak" tu cuma di bibir saja, tapi dalam hati tak macam tu...dah lama nak nak buat cream puff ni, duluuuuuuu....mat ada buat, lepas tu dah lama tak buat, ini baru buat balik..Terima kasih mat pada buku yang banyak memberi idea...."Irresistible Pastry" oleh Alex Goh.......

Bahan Cream Puff:-
100 g mentega
25o ml air
1/2 camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Bahan Lain:-
Lemon curd secukupnya
Coklat masakan secukupnya, dicairkan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan lemon curd dan tuang sedikit coklat cair sebagai penambah seri...Selamat mencuba!!!

8 comments:

lina said...

boleh celen Beard Papa ni!

Mat Gebu said...

Ahakss...segan..mana boley kita masih merangkak2 lagii....

MamaFaMi said...

Mama pun dah lama tak buat Cream Puff aka Eclairs aka Profiteroles ni...tunggulah anak-anak balik cuti nanti. Filling dia, ma suka fresh cream or custard orange... yummy yummy!

Noraguler said...

Mat,ni masa malas terbuat pula cream puff,macamana pula kalau masa rajin??Oh,terer betul awak masak ye,kongsilah sikit cara2 nak merajinkan diri masak berbagai2 ni!

Mat Gebu said...

mamafami..
Mat saja nak test rasa guna lemon curd...tapi ada juga kat rumah mat yg letak sambal tumis dalam dia..maklumlah ada yg tak makan benda bersusu/custard nie...

noraguler...
kalau terrajin satu benda pun tak jadi sebab masa tu jadi tamak semuaa nak buat...tapi masak nie pun memerlukan ketenangan dan cooking with your heart and soul...

Aidan's Mama & Papa said...

kita nye cream puff tak pakai lemon curd. mat nye cream puff first class.. kita nye thrid class.. pakai custard je.

Mat Gebu said...

zaza..jgn lerr puji mcm tu, mat pun baru belaja...belum ada class apa2 pun....

Dwiana P said...

this puff is just so beautiful!