BEN ASHAARI

Saturday, November 24, 2007

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE


Hari ini dengan rasminya, cream cheese dalam simpanan mat habis digunakan....fuhh!! legaaa...bukan apa masa sebelum hari raya hari tu, kat Giant depa jual cream cheese tu murah dari harga asal, itu lah sebab nya mat beli lebih. Jadi kali ni kalau nak buat benda2 ber"cream cheese" kena lah fikir banyak kali, disamping harga yang dah mahal dan kolestrol dia yang juga "mahal" itu. Hari ni mat buat Marble Chocolate Cheese Cake, dan resipi dari "Kak Liza".....oleh yang demikian, kita lihat calon2nya ialahhh........

Bahan A:-
180 g mentega
170 g gula halus (gula kastor)
3 biji telur grad A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
20 g serbuk koko*
120 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan B:-
250 g cream cheese (pada suhu bilik)
60 g gula halus (gula kastor)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla dan gula. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
  4. Tuang 1/2 bahagian adunan coklat, ratakan. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan. Tuang baki adunan coklat dan ratakan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong...

3 comments:

hanieliza said...

wauuuu..terharu gitu sebab sudi mencuba resepi kakliza...
semoga gembira mencubanyaaaa.....

Mat Gebu said...

Terima kasih kak liza kerana sudi singgah dan beri komen....mat pun nak berterima kasih juga atas idea2 masakkan kak liza yang "terangkat" tuuu!!!

hayad said...

tepung halus tu tepung gandum ker?