BEN ASHAARI

Friday, November 2, 2007

YEE MEE

Dulu2, masa belum join MyResipi, tatau sepatah haram pun apa itu "yee mee", nampak pernah tapi tak ambik kisah sangat...sejak2 nie saja jadi prihatin sikit. Sekarang nie kalau ke pasaraya atau pasar tak raya (pasar basah), mata tu mesti belek semua yang ada termasuk tukang jual, tukang siang ikan dan segala tukang2 kat pasar tu...."ikan2" pun ramai u kat pasar!!!


Jadi hari nie, saja2 mencuba...TAPI..resipi kuah dia mat cilok dari blog Datin Jun...minta ampoon datin sebab ubahsuai sikit yeaa...cuma mee kuning tu mat ganti dengan Yee Mee (dah tu je yang ada dalam pantry)...minta halal yeaa Datin Jun..sekali lagi!!!

Bahan Kuah:-
400 g udang sederhana besar, buang kulit dan urat belakang udang
4 - 5 ekor sotong, potong gegelang
1 keping dada ayam, dipotong kecil*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*digaul dan perap 10 minit)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap manis
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos hoisin
1 camca besar sos tomato
2 camca besar cili sos
5 ulas bawang merah kecil, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 - 3 biji telur ayam
1 ketul kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh cuka
Kicap cair dan gula (jika perlu)

Bahan Sayur:-
1 batang lobak merah, buang kulit dan potong serong nipis2
4 kelopak kobis daun, di potong sederhana besar
1 biji tomato, belah lapan
4 - 5 kuntum cendawan butang, dihiris nipis

Bahan Lain:-
1 bungkus Yee Mee
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
Cili jeruk (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KUAH:-Cuci bersih kulit udang, rebus dgn 2 liter air selama 20 minit. Toskan dan ambil stoknya. Dalam periuk, masukkan 2 - 3 camca besar minyak, tumis bawang merah hiris dan bawang putih ketuk hingga harum, masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak. Masukkan semua jenis sos dan kacau hingga sebati. Tuang stok udang tadi dan biar mendidih perlahan. Pecahkan telur satu persatu dan biar telur masak dalam kuah (guna api kecil). Kemudian, masukkan udang, sotong dan daging ayam, biar mendidih. Akhir sekali masukkan semua jenis sayur, kiub ayam, cuka, gula dan kicap cair (sedikit dahulu). Bila semua dah masak, rasa kuahnya jika kurang masin tambah sedikit kicap cair lagi.
  2. PENYEDIAAN MEE:- Panaskan kuah, bila mendidih, masukkan Yee Mee dan masak 2 - 3 minit hingga mee lembut. Angkat dan alihkan ke bekas yang sesuai dan hias dengan tauhu hiris, daun sup/bawang dan bawang goreng. Perah limau kasturi sebelum dimakan bersama cili jeruk....

2 comments:

Aidan's Mama & Papa said...

kelako betul la mat ni! mat gi pasar tak raya yang mana biasanya? next visit nak belek apa lagi mat?! :P

Z

Mat Gebu said...

Zaza...u perasan tak kalau kita pegi pasar raya atau pasar tak raya (pasar basah mcm kat Larkin atau pasar malam)...mcm2 benda pelik ada...itu pasal belek lama2..