BEN ASHAARI

Thursday, November 1, 2007

MIX VEGE SOUP

Hari ni masa betul2 mengejar pakcik....jadi cuma sempat masak mix vege soup atau senang cakap sup kentang dan sayur2an (apa yang ada dalam peti sejuk jee..)....jadi nak tulis banyak pun tak guna.....tak de yang istimewa, sebab mat tau semua org pun dah biasakan masak sup macam ni...tapi mungkin "gaya"nya berlainan dari setiap individu...yang ini Mat Gebu punya style yeaa!!!!....Jom cuba, kalau sudi...

Bahan-Bahannya:-
50 g fucuk, rendam dan potong kecil
4 biji kentang sederhana besar
5 biji telur
1 genggam "kincam", disimpul setiap satu
1 batang saleri, didadu
1 batang leek, dipotong kecil
6 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1/2 cawan isi udang (kalau budget lebih, bubuh lebih yeaa)
1 cekak soo hoon, rendam hingga lembut
1 camca besar serbuk lada hitam
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Hirisan daun sup/bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

~~:CONTOH SAYUR KINCAM SEPERTI DALAM GAMBAR:~~

Cara membuatnya:-
  1. Kentang dikupas, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak masak dan tumis bawang merah hiris, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan kuning keemasan. Masukkan udang, leek dan kentang. Kacau goreng 2 - 3 minit dan tuang air (dalam anggaran 1 - 1.5 liter atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  2. Masukkan kuib ikan bilis dan leek. Perlahankan api, dan pecahkan telur satu persatu ke dalam periuk (seelok2nya pecahkan telur dalam mangkuk lain dahulu, kemudian baru dimasukkan ke dalam periuk). Masak dengan api perlahan sehingga telur mengeras dan elok rupa parasnya.
  3. Kemudian masukkan fucuk, serbuk lada hitam dan kincam. Masak hingga kentang empuk, gunakan api sederhana. Masukkan soo hoon dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih 2 - 3 minit. Tabur hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...yum...yum...yumm!!!

7 comments:

ummi said...

kalau sup yang ini, saya suka tambah fishball. beli isi ikan kat pasal, perasakan then masukkan dalam sup tgh mendidih. sedappp..

Lydia said...

ni masakan apa? nyonya ke?... baru tau malay pun ada makan kimcam. mak sy selalu masak kimcam dgn telur dan udang kering.. sedap! tapi klu i masak kat sini, i makan sorang.

Mat Gebu said...

I rasa ini masak fusion chinese + malay..or seakan2 "nyonya chap chai"..Selalunya sky..lauk mcm nie, bila masa duit dah kurang dalam pocket, kita masak lahhh..hehe..tapi family i dah biasa makan kincam dari dulu, sejak nenek gua anak dara lagi u....hehehe..

Hani said...

Mat, sayur kincam ni dibuat dari apa? silap tengok macam kelopak bunga pisang.

Lydia said...

dah... cik mat, duit dah kurang punya time makan ubi ke pisang dari kebun. kimcam kena beli tu... hahaha

Aidan's Mama & Papa said...

i agree ngan ummi! memang sedap makan tambah ngan fishball! sejuk sejuk ni sedap makan sup!

Z

Mat Gebu said...

Kak Hani..
Mula2 dulu mat ingat "bunga pisang", tapi bukan laa..dia sejenis bunga yg dipetik masa belum kembang..kira masih anak "dara sunti" dah dipetik org....dulu dekat tempat mat ada org cina taman pokok tu, tapi tak perah tengok..asieyy rugi guaa!!!

Great Lydia...
Kincam boleh tahan lama dan kalau campur dalam masakkan pun cuma sikit saja, kalau ubi makan byk2 nanti kerap buang angin, siap ada bauu lagi!!!

Zaza..
Memang betul, kalau bbuh fishball mmg sedap, tapi rumah mat nie kalau fishball ada yg tak mau makan, kalau nak kena buat sendiri..itu yg pakcik malas nak "gentel"...hehehe