BEN ASHAARI

Thursday, November 29, 2007

DONAT

Salam sejahtera semua. Semalam jalan ke blog kak E...ternampak donat yang dia buat siap ber"make-up" bagai. Mat nie pantang kalau nampak, mesti nak cuba2 juga...
Memandangkan ada masa terluang, hari ni mat buat lah donat, resipi dari "Alex Goh"....Nampak macam berderet bahan2 dia tapi senang je. Kalau sesapa ada breadmaker lagi leer teramat senang....Jom kita makan donat semuaa!!

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan di bawah, dpt 16 biji donat)
280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

Bahan Hiasan:-
Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/Cream custard

Cara membuatnya:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda). KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.
  3. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel.
  4. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus, dituang coklat, dibelah dan masukkan cream custard/lemon curd atau mangikut kreativiti masing2...

7 comments:

Lydia said...

Sejak beli donut cutter dah plan nak try buat sampai sekarang belum buat. Bilalah nak rasmikan donut cutter tu...

Rajin CMG ni nak makeupkan donut2 mcm nak gi party.

Mat Gebu said...

haha...sky..dah lama nak buat dan i sebenarnya kalau makan donat, tak tabur gula, suka "naked doughnut"..hahah....yg make-up2 utk anak saudara saja...

yatyDC said...

hi mat...sodap nampak.kat sini donat umputih tak sedap cam mesia.tengok gambar donut tu rasa cam nak buat plak
http://husinzainudin.fotopages.com

norza said...

Apesal la CBox tu banyak ari tak timbul2, rindu nak chat kat sana. Ehh, mat...buh la pulak Widget ka, Shoutmix ka, Junaidix ka...lupakan CBox.
Akak pun suka Donut especially yg letak peanut butter icing tu...
ps: Kus kus dah emel.

nur said...

terpikat ngan donut mat nie..siap di dandan cantik lagi...pasti sedap nie

Mat Gebu said...

Kak Lina...
Terima kasih atas resipi kus-kus itu yeaa..

Nur..
Nak bagi budak2 je yg berdandan sakan, utk balun sendiri donat tak de apa...donat togel!!

mamasya said...

Donut ni kalau letak mekap ...comel-comel mmg laju anak2 makan.....cuma mamanya yg malasss nak nguli..he..he..