BEN ASHAARI

Friday, November 16, 2007

NON - BAKE CHEESE CAKE

Cheese kek yang dah lepas kena make-up.......

Yang siap dipotong dan siap sedia untuk disuap dalam mulut..yumm..yumm...

Cheese cake sebenarnya bukan lah kegemaran mat dan keluarga (cuma setakat boleh gitu2 je)..tapi oleh kerana mat tak tahan tengok gambar kek tu yg nampak menawan dan seksi sgt, jadi mat cuba lah buat...tapi bila kek ni nak habis tak tau lagi, tah2 seminggu....itu pun paling cepat!!!..Gambar potongan kek keju akan diletak kemudian..harap maklum!!

Bahan Dasar:-
150 g tepung gandum, diayak
100 g mentega
1 kuning telur
50 g gula aising
1 - 2 camca besar air ais

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (dari dalam tin pic yg dikalengkan)
100 g buah pic dalam tin, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
10 biji cari bertangkai (jika suka)
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)
Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR KEK:- Satukan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan kuning telur dan terus menggaul. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastic cling dan sejukkan 30 minit. Keluardan doh dan tekan doh dalam tin "spring form" berukuran 8 inci hingga memenuhi dasar tin. Cucuk2 dengan garfu dan bakar dalam oven pada suhu 195C, selama 15 minit. Keluar kan tin dari oven dan biarkan sejuk betul2.
  2. UNTUK INTI:- Satukan gelatin halal dan 100 ml air tadi dalam bekas tahan panas. Gaul hingga larut. Tenggekkan bekas tadi dalam air panas dan kacau bancuhan gelatin tadi hingga jernih dan suam. Ketepikan. Dalam mixing bowl, pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen vanilla, susu sejat dan jus buah pic dari tin tadi, terus memukul hingga semua sebati. Perlahankan speed dan tuang gelatin suam tadi. Gaul hingga rata.
  3. UNTUL KEK KEJU:- Dalam tin yg berisi doh tadi, taburkan potongan buah pic, biar berselerak. Tuang adunan inti perlahan2 dan ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam. Sementara itu, untuk hiasan, panaskan air bersama gula dan serbuk jelly, kacau hingga gula hancur. Matikan api, tapis jelly cair tadi dan biarkan suam sedikit. Keluarkan kek dari peti sejuk, susun ceri bertangkai mengikut kreativiti masing2 dan sudukan sedikit demi sedikit jelly tadi hingga habis. Sejukkan kembali hingga jelly mengeras. Tanggalkan dari spring form pan (kalau rasa susah, larikan pisau yang dipanaskan atas api disekeliling kek). Tekup "croquant" di sekeliling tepi kek sebagai hiasan.
  4. PETUA:- Masa nak potong cheese cake ni, panaskan sedikit pisau atas api, baru diguna untuk memotong kek untuk mendapatkan hasil potongan yang licin dan cun....Selamat mencuba!!!

15 comments:

Aidan's Mama & Papa said...

OoooLaaaLaaa!! i'm not fond of cheesecake too. but somehow i only eat cheesecake holiday inn jb (which is now mutiara hotel!) try it mat! sedapppp! doesnt taste that cheezy sgt!

Z

Mat Gebu said...

zaza..
Mat pun tak tau macam mana nak mula makan cheese cake nie....hahaha...makan pun nak kena ajar ke!!!!

nita said...

ya Allah mat...taksubnyer aku!!..meleleh air liur nih..!! meh la bagi nita kalo x abis dlm peti sejuk mat tuh!! yg ni kompem nita nak try...tungguuuu! (sambil menyelam salin resepi!)

Mat Gebu said...

nita...
Mat belum "usik" pun kek tu..ada dalam peti sejuk, tadi cuma rasa baki2 yg melekat sikit kat tin jee..rasa sedap laa....esok baru "korban" kan..ni dah malam takut pingsan pulak nanti...esok insya allah mat bbuh gambar yg dah potong...

Lydia said...

cantik kek... tapi rasa tak tau lah, sbb pacik ni tak kasi rasa... hahaha
hari ni ada celebration ke?

umi_e said...

mak aiiiii cheese cake ler pulak... cantuklah tepi dia tu... mat hias camna?

Mat Gebu said...

Lydia..
Baru tadi makan...sedapppp lahhhh!!! ingat dah avoid sebab takut kolestrol, tau2 dah makan 2 keping!!!!..habiss lah gua!!!!

Kak E...
Mat guna "croquant", yg selalu bbuh kat tepi2 kek tuu..kak e, bolah beli kat kedai baking supplier....kiranya kalau ada "kudis buta" boleh leer cover skit....

lina said...

memang ooo lalala...

Mat Gebu said...

haha...lina, apsal pulaa tu!!!!

jo ayee said...

mat..bertih jagung tu cam mane yer..agaknya selain dari buat haisan kek depo buat utk apa lg? kat sini nama apa agaknya..lg satu, bertih jagung tu tetap rangup ke bila dah melekat kat kek ? ke akan lembik..i nak cari la benda cam ni..

Mat Gebu said...

Tapi kay UK tatau pulak apa dia org panggil..tapi cuba lah sebut benda yg sama mat tulis tu "croquant". Malam tadi mat letak tepi cheese cake tu, dan simpan dalam peti sejuk, pagi tadi masa mat makan kek tu, croquant tu masih rangup dan tak kembang. Selalu benda nie org guna utk cover tepi kek berkrim...perasan tak jo?

Rozie said...

alahai...bestnye cheese cake...tergoda lah!!!

Mat Gebu said...

Tergoda ke?...nak hantar jauh pulak, jadi cuci mata jadi lah yeaa kak roziee....

Ummi said...

Mat, mmg nmpak sedap, tapi x yakin leh wat ke tak cam mat pnya...nmpak complicated jer..Ummi x sabor nk wat yg susah-susah ni..hehe..makan xpa!

Mat Gebu said...

Ummi..
Mat pun 1st time buat cheese cake jenis dingin beku mcm tu...Pelan2 buat, tunggu masa yg sesuai dan pada masa otak kita tenang dan lapang....pasti menjadi punya laahh!!!