BEN ASHAARI

Friday, November 9, 2007

PAKIS GORENG BELACAN

Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat semalam, bonda mat boleh ternampak satu kawasan yang penuh dengan pokok pakis merah (pucuk paku) yang baru tumbuh. Ayah dengan abg mat, mereka berdua pun mengutip leer pucuk2 paku yang tak terkata banyaknya itu.....dah jimat belanja sayur u....tau jelah kita, orang2 "melayu", banyak tumbuhan kontan yang boleh makan...Tapi mat sarankan pada sesiapa yang ada alahan pada pucuk paku (sebab dikatakan sayur ni "sejuk"), eloklah elakkan ATAU campur lada hitam untuk menyeimbangkan hangat dan dingin..wallah hualamm!!!!!

Bahan Utama:-
Pucuk paku merah secukupnya (atau boleh ganti dengan pucuk paku perak)
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh sos tiram
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:-
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 inci belacan

Cara membuatnya:-
  1. Asingkan pucuk paku dari batangnya, cuci dan toskan. Tumbuk bahan2 tumbuk bersama udang kering hingga 3/4 hancur, tak payah tumbuk lumat2. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Gaul rata, tuang sedikit air (lebih kurng 1/2 cawan). Bila mendidih, masukkan pucuk paku tadi bersama bawang besar hiris. Gaul hingga rata dan sayur lembut sedikit. Gunakan api besar.
  3. Rasa garamnya sebelum diangkat. Hidangkan panas2 bersama nasi putih, sambal ikan pari dan ikan goreng....

3 comments:

kak pah said...

Mat.. ini paku midin kalau kt Sarawak panggil..mmg sodap Mat oiii... Kt Kuching ada di restauran seafood oiii.. tanya org s'jung yg penah dtg swk.. sayur paling peberet di Swk... akak penah gak kutip kt blkg rmh akak di Tronoh... sodap goreng belacan tau!.. kecur ayor liur akak ni..

Mat Gebu said...

kak pah..kat UK. tak de ke paku mcm nie tumbuh?....

SHERRY HANI said...

Mat..jgn kata midin ni...cekur manispun akak tak penah lg jumpa... klu akak ni mengidam..dh meleleh ayor liur mat oiiii... sini mana nk tumbuhnya mat... paku cuma tumbuh tmpt panas je..