BEN ASHAARI

Friday, November 23, 2007

KUIH LAPIS ROZZAN

Teruja tengok betapa meriahnya kuih lapis yang Rozzan buat dan resipi dia agak berbeza skit dari kebiasaan, Mat pun buat lah petang tadi....rasa sedap..manis dia pun sedang2 saja dan kenyal serta anjal....Jadi tak de apa2 nak komen lah...

Bahan-Bahannya:-
1280 ml santan (mat guna 500 ml santan kotak + 780 ml air)
340 g gula pasir
1/2 camca teh garam
3 helai daun pandan, disiat dan simpul
250 g tepung beras
60 g tepung ubi (sagu ubi)
40 g tepung Hoon Kue (tanpa warna)
Sedikit pewarna biru, merah dan kuning (atau warna kegemaran masing2)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan santan, gula pasir, garam dan daun pandan dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga gula hancur dan santan suam. Sejukkan.
  2. Satukan semua jenis tepung dalam satu bekas, gaul rata. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan tadi.
  3. Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Bancuhkan warna pada setiap bahagian dan 1 bahagian biar pada warna asal (putih). Kemudian bagi 2 lagi setiap bahagian tadi, biar sama banyak.
  4. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan sedikit minyak. Panaskan tin 5 minit dalam kukusan. Tuang 1 bahagian biru dalam tin dan kukus 5 minit. Kemudian 1 bahagian merah dan kukus 5 minit, 1 bahagian kuning dan kukus 5 minit dan 1 bahagian putih dan kukus 5 minit juga.
  5. Buat proses yang sama untuk lapisan berikutnya (untuk lapisan ke-5 dan seterusnya kukus 7 minit). Untuk lapisan terakhir, kukus kuih 10 minit. Angkat dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...
  6. PETUA:- Untuk mengelakkan air menitis atas kuih, mat bungkus tutup kukus dengan kitchen towel....Gunakan api sederhana semasa mengukus..Selamat mencuba!!!

9 comments:

Aidan's Mama & Papa said...

lawarnyaaaaaa!! meriah sgt! kalau buat kat sini bagi neighbour sebelah sure diorang letak kat atas meja dok tenong ngan buat hiasan!

boleh buat tinggi lagi tak mat? ;)

Z

Mat Gebu said...

Tapikan...cutting dia tak lawa laaa...aisey tah mana silap boleh tak lurus...apa2 pun rasa sedap...Pernah juga tgk org buat 10 lapisan...tinggi sgt takut masa potong lapisan dia terkopek....

lina said...

memang meriah. ceria sunguh! colourful satu dapur kalau buat kuih lapis ni kan Mat?

Mat Gebu said...

lina...
hahaha....bukan dapur je colorful, dgn tukang buat sekali jadi bewarna-warni...

jo ayee said...

mat..anjal tu cam mana pulak? :)..BTW colour nye cantik sgt..lg satu mat..lapisan tu boleh kupas slai-slai tak?

Mat Gebu said...

Jo..
Anjal = bila kita tekan dia mantul balik (firm)...dan sudah semestinya boleh ditarik sehelai demi sehelai..yg bestnya tu, antara warna yg kita letak tu akan terhasil warna2 lain, contoh antara biru tu dgn merah, kalau kita kopek, ada kaler purple...meriahh sungguh!!

I Cook4Fun said...

What a lovely kuih lapis. I've been lurking at your blog for some time now and I really admired your talent at baking and cooking. I really like all your recipe.

fezah said...

Mat, tepung Hoon Kwee tu tak ada kat oversea ni, boleh ganti dgn tepung apa ye?


Fezah

azaa said...

salam,
mat
tepung Hoon Kwee tu kalau ganti dgn tepung lain apa yaa???

x jumpa arrrr