BEN ASHAARI

Thursday, November 8, 2007

GARAM ASSAM

Garam Assam satu lagi lauk2 peranakan baba dan nyonya....pada asasnya masakkan ni sama dgn ikan/udang masak berlado...biasalah, asal-usul nenek moyang mereka pun orang2 dari bangsa melayu juga, itu pasal masakkan mereka tu seakan2 masakkan orang melayu kita....Jemput makan semua!!!!

Bahan Utama:-
1 ekor ikan bawal hitam
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1 biji lemon, ambil jusnya
1 biji bawang besar belah 4
2 camca bsar sos ikan
1 camca teh gula
1 batang serai, dititik

Bahan Tumbuk Halus:-
3 biji cili merah
7 biji cili padi (optional)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 biji buah keras
1 inci belacan
2 keping hirisan lengkuas

Cara membuatnya:-
  1. Ikan bawal disiang, bersihkan dan kelar2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam, perap 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan.
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak dan masukkan serai titik serta bahan2 ditumbuk halus tadi. Goreng hingga terbit minyak menggunakan api sederhana. Masukkan gula, sos ikan dan belahan bawang besar. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon, gaul rata dan rasa, jika ok, masukkan ikan bawal tadi dan golek2kan dgn semua bahan2 rempah hingga rata. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

6 comments:

umi_e said...

ermmmm tadi dah komen... takleh pulak :-S

mat... garam asam ni boleh ke buat dengan ikan kembung atau ikan cencaru?

Mat Gebu said...

Boleh kak e...kalau ikan tu ganti dgn terung atau kacang panjang pun boleh

eugeniadarwis said...

Assalamualaikum Mat. Wah sedapnyaaa. Terliur nih.

Mat Gebu said...

ws eugeniadarwis...dari MyResipi kan?...terima kasih yea sebab sudi singgah dapur mat yg tak seberapa nie...

Aidan's Mama & Papa said...

mat, orang tengah puasa ni tak boleh masok blog mat la... kecir habis. tak sabar tunggu kol 5 kang buka! hahah..

Z

Mat Gebu said...

zaza..
Tengok aje tak pe zaza...warm-up kan tekak sikit...hahaha!!!