BEN ASHAARI

Thursday, November 22, 2007

TAU SA PIAH...


Salam sejahtera untuk semua....dengan rasminya mat dah buat "Tau Sa Piah"....resipi asal mat dapat dari Great Lydia...dah lama berangan2 nak cuba, tapi asyik tertangguh saja...blogger2 lain ada yang dah berkali2 buat, sampai mereka jadi xpert, mat baru nak cuba..pastri dia rapuh dan sedap...berlapis2, intinya diperbuat dari kacang hijau. Untuk melihat teknik membuat langkah demi langkah, boleh lihat disini....(terima kasih "JO").

Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Inti:-
3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit, rendam 3 - 4 jam
3 camca besar minyak masak
2 ulas bawang merah kecil, cincang halus
1/2 cawan gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh parutan kulit oren

Bahan Lain:-
1 kuning telur
Sedikit bijan

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.
  2. UNTUK INTI:- Kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan garam, gula dan parutan kulit oren. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola sama saiz. (Inti boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk).
  3. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.
  4. ~:RUPA TAU SA PIAH YANG SIAP UNTUK DIBAKAR:~

9 comments:

Rozie said...

woiiittt...tak perasan pulak jo ada wat step by spep wat tau sa piah ni,sonang yo nampak eee mcm buek karipap pusing. alamak...dah tergedik2 pulak rasa nk buat ni!!! camno ni mat??? den nk pindah ni barang pun dh pack...kena bukak kotak balik ler nampaknya ni!!!

Mat Gebu said...

Kak..buek kat rumah baru leerr....tapikan kalau rajin, resipi lydia yg mat buat tu leh dapat byk tau (buat kecik2 skit), cuma leceh leerr...yg mat buat tu saiz dia lebih kurang 2 inci diameter dia.

Lydia said...

Oii... ni boleh hantar by air tak?
at last you buat juga eh... dah licin ke belum? :D

Mat Gebu said...

Hahaha.....tak boleh tahan laaa...mesti buat punyaa! I dah makan 2, tinggal 5 lagi. Yang lain tatau mana pegi...."semut" dah makan agaknyaa...hahaha.

princessharyati said...

alamak nampak yek u punyatausa piah lagi cunlah... tak leh jadi kene buat lagi...CMGJIM...u tak ambil gambar waktu u gigit tausapiah tu ke? i nak tgk inti tu..n lapisan tau sapiah u..mesti cantik n gebu...

Mat Gebu said...

aisey...lupa laa...., gambar yg kena ggit tak lawa, sebab gg pakcik tak cukup...pu3 jgn leer ko sambung lagi huruf2 lepas CMG tu....lama2 panjang se-depa pulakk jadinya!!!

MamaFaMi said...

Menghelit-ghelit membuatkan ma tak tengok...tapi masih tahan tak buat kot...hihihihi....

Mat Gebu said...

mamafami...
Mat pun sebab dah lama sgt nak try, maklumlah kertas yg mat salin resipi tu pun dah berubah warna....sebelum hilang ditiup bayu, baik cuba...

sharifah azizah said...

kuih ni akak suka sangat. selalu beli kat kedai...was-was pulak kesuciannya...lepas ni gentel sendiri la baru puas hati...tq cik mat.