BEN ASHAARI

Saturday, November 24, 2007

IMAM BALADI....

Hari ni, mat masak salah satu hidangan dari negara timur tengah...resipi asal, mat ambil dari Kak Lina @ Ho Ah Lin (celebrity chef)....rasa dia unik, gabungan antara paceri, acar dan kuah kacang.....Wa, manyak telima kasih sama Ho Ah Lin...lu masak manyakkk pandai...Caya lahhh!!!!

Bahan-Bahanny:-
420 g terung bulat (lebih kurang 2 biji saiz besar)
6 camca besar minyak zaitun (olive oil)
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halua
1 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 camca besar serbuk red pepper (mat guna cili serbuk)
20 g hirisan parsley
16 g daun pudina (kurang lebih i genggam)
30 g walnut, kisar halus (mat kisar kasar jee)
200 ml jus epal tanpa gula (mat guna fresh apple juice)
1 camca teh gula perang

Cara membuatnya:-
  1. Kupas terung dan potong bulat setebal 2 cm, tabur dengan sedikit garam dan biarkan 20 minit (mat rendam dalam air garam). Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan goreng terung hingga perang, angkat dan sejatkan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak dari kuali, tumis bawang besar hingga kuning, masukkan bawang putih dan kacau. Bubuh serbuk jintan, kayu manis, serbuk red pepper, garam dan hirisan parsley dan pudina (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Gaul rata.
  3. Lepas 2 minit, masukkan jus epal, serbuk walnut dan gula perang, kacau hingga semua mesra. Bila mendidih, boleh masukkan terung, gaul rata dan biar sekejap hingga terung lembut. Rasa dan jika ok, boleh diangkat ke dalam pinggan dan taburkan lebihan cincangan parsley dan daun pudina tadi.
  4. Sedap dimakan bersama roti atau nasi atau apa2 saja laaa...roti canai/prata pun ok!!!!

3 comments:

norza said...

CMG,
Pandai2 la pulak describe ada rasa pajeri, acar, rojak...hehe, tergelak akak. Mesti ramai org nak cuba tu. Baguslah usaha MG memperkenalkan varieties masakan, sampai ke Timur Tengah, beb. Ya Habibi Ya Maulana. Gelek sket, waaa...

Mat Gebu said...

hahaha...bukan apa. Bagi beberapa org rasa pas tu tanya mereka punya opinion dan mulalah keluar mcm2 rasa...ahaks!!...I tak bley gelek, tsunami nanti!!!!

Noraguler said...

Hi Mat!
Saya rasa makanan ni datang dari Syria,tapi di Turki ada satu lagi makanan yg boleh dikatakan sama tapi namanya Imam Bayildi maknanya imam pengsan!!tak tahulah kenapa diaorg bagi nama yg aneh ni!Hihih!Ianya adalah terung yg diisi dgn bawang,bawang putih dan tomato yg dimasak dgn minyak zaitun.Selamat memasak Mat!