BEN ASHAARI

Saturday, December 15, 2007

BINGKA UBI

Mat dah lama nak cuba buat bingka ubi..tapi selalunya ubi tak sempat parut dah licin kena goreng atau rebus..jadi hari ni, ayah mat dah tolong parutkan ubi, awal2 pagi lagi...hehehe..jadi sebab dah siap sedia diparut, rajinlah nak buat, kalau tak rasa macam malaszzzz jugak!!..

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
1400 g parutan ubi*
225 ml air*(*disatukan)
3 biji telur gred A
3 camca teh teh tepung jagung
150 g gula melaka
300 g gula pasir
625 ml pati santan
11/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh garam
1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. Ubi parut yang telah dicampur dengan air tadi, diperah dan tadah airnya dalam satu bekas. Asingkan ubi tadi, dan biarkan air perahan tadi rehat 20 minit hingga sagunya mendak. Buang air perahan hingga tinggal sagu ubi sahaja. Masukkan ubi parut yang diperah tadi ke dalam sagu ubi dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Sementara itu, potong gula melaka kecil2. Pecahkan telur dalam bekas, dan masukkan gula pasir, gula melaka, garam, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau dengan wisk hingga semua bersatu. Masukkan santan dan mentega. Gaul rata.
  3. Jerang santan tadi atas api perlahan sambil terus mengacau hingga gula merah larut dan mentega cair, tak perlu mendidih. Angkat dan tapis. Tuang ke dalam parutan ubi tadi, gaul hingga rata dan tuang dalam loyang (berukuran 8 x 8 x 3 inci) yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak dan ditabur sedikit tepung. (Mat guna tin berukuran 8 x 4 x 3 inci)...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit, kemudian turunkan suhu kepada 130C dan bakar lagi 1 jam 15 minit. Bila masak keluar kuih dari oven, sejukkan 10 minit dan keluarkan dari tin, tanggalkan kertas perlahan2, biar betul2 sejuk sebelum dipotong...

7 comments:

Ummi said...

Mat, ish ish..bingka ubi ni mmg favourite kak ummi tau...alahaii bila nak dpt makan ni...mintak sikit mat! Jgn habiskan ya..ntah thn bila nak buatnya pun..Pahang dah banjir, ubi org kampung semua jahanam dah...huhuuuu...xda org jual ubi dah mat..hehe..

Nina Suria said...

bab ubi kayu ni memang kakmOn faveret, apalagi kalo buat lepat ubi.. kusssssy syemangat. Terkecur air lior kakmOn. Ada lagi satu talam ubi di kukus dengan sago kemudian di salutkan dengan kelapa parut mcm pesen kuih kusoi, pon sedop gak. KakmOn kalo keja parut memarut ni memang angkat tangan. ntah virus mim alif lam sin ni bertahta di ati.

btw semlm umah ko ni dok bekunci, makanan yg ko idang pon kena pangkah X. Seramnya takut antu bulan keliwon ni yg hi jack umah ko. Ko dah mandi bunga ka???

Mat Gebu said...

ummi..
Kalau dekat boleh kita makan bersama..kita suap menyuap lagi..ahakss..ampoonn!!!

Mat Gebu said...

kak mon...
Waa...baru lepas mandi mungaa...mungaa kantan pun waa campur sekalii...Ahakkss..sudah macam asam pedas maaa...

Ummi said...

Hai mat, teringin nak makan bersuap lak ke...aa bole tapi jgn suap kak ummi, kak ummi dh penah makan bersuap, hehe...nnt kak ummi carikan tuk mat wat teman makan bersuap ek...ahaks!! (*mat, kak gurau je nooo..) mat suap bonda mat lah, sejuk hati bonda kannn..

Anonymous said...

Hey great recipe site, ihope you can visit my site and maybe contribute some recipes to my international sections, awesome , good job

Anonymous said...

Sorry I didnt mean to be anonymous in the above artical