BEN ASHAARI

Saturday, December 22, 2007

NON - BAKE PEACH CHEESE CAKE

Hmmm......cheese cake lagi....sama macam resipi lepas cuma ada sikit perubahan..tak pelah kita lihat kembali resipi dia ok semuaa!!!!....

Bahan Dasar:-
200 g Digestive cookies, dihancurkan
2 camca besar gula halus
80 g mentega, dicairkan

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (jus dalam tin buah peach)
100 g buah peach berkaleng, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
4 - 5 keping buah peach, dihiris nipis2
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula halus
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR:- Bancuh semua bahan2 dasar dan gaul hingga rata. Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat2 hingga rata. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  2. UNTUK INTI:- Campur gelatin halal dengan 100 ml air dalam bekas tahan panas. Masukkan bekas tadi dalam satu bekas lain berisi air panas. Kacau gelatin tadi sehingga jernih dan larut, biar suam. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan susu sejat, jus buah peach dan esen vanilla, putar lagi hingga rata. Perlahankan speed dan tuang bancuhan gelatin perlahan2 hingga habis. Gaul rata.
  3. UNTUK PENYEDIAN KEK:- Tabur cincangan kasar peach dalam tin, biar berselerak. Tuang bancuhan inti perlahan2 hingga habis. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk dan biar 2 - 3 jam. Kemudian keluarkan dan hias permukaannya dengan hirisan nipis buah peach mengikut kreativiti masing2. Satukan serbuk jelly, air dan gula dalam periuk, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga semua larut. Tapis bancuhan jelly tadi, biarkan suam sedikit dan sudukan atas buah peach tadi hingga habis. Simpan dalam peti sejuk kembali hingga jelly keras. Tanggalkan spring form pan dan keluarkan kek perlahan2. Hias tepi2 kek dengan butiran "croquant".
  4. PETUA:- Jika susah nak tanggal, larikan pisau yang terlebih dahulu dipanaskan atas api disekelilng kek. Dan jika rupa tepi kek kurang cantik, gunakan pisau panas untuk melicinkannya....sekian terima kasih!!

17 comments:

Nina Suria said...

kusssss syemangat, cantek ko wat chizkek ni mattt. Licinnnnnn Psssttt cik mat awak ni memang seswai la jd menantu

Mat Gebu said...

ahakss.....terus mcm nak demam...kak mon..lu jgn usik2 guaaa itu macammmm..nanti waa demam panas maaaa!!!!

Anonymous said...

matttt....(bodek nih..) boley x tunjukkan secara bergambar camner nak proses nak guna gelatin halal tuh...pleaseeee!! awww!!drpd bukak plastik sampai la masa nak curah ke adunan...boleyyy??? x pandai lar....timacih!!!!

Mat Gebu said...

Insya allahh nita..projek akan dtg nanti pakcik demo yeaa...ahakss...mcm nak buat "bom" pulak!!!

ICook4Fun said...

Cantiknya the Peach Cheesecake. I like baking but have yet to make a non-bake cheesecake. You have so many wonderful recipe here and I am going to try some of them.

NITA said...

timasih mat!!! jgn lupa tau!!walaupun ramai yg da tau camner nak wat,tp mat wat la exclusive kat sini secara bergambar...khas utk pembuat kek pre amatur mcm nita..kihkihkih!

Anonymous said...

ish kalau camni bukan setakat sesuai jadi menantu cik nina, saya nak buat ehem2 boleyyy...????

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

ha amek ko matt! dah ado org dok saun tu haa...ayo tak tauuu...mak balik bawak kayuuuu...

btw very the cantik susunan mango bentuk ros tu haa... tak koser den nak susun lagu tu, pingganmangkuk periukbelanga den tak abeh susun laeii!

Mat Gebu said...

hehehe...no comment yeaaa.....ampoonn!!!

Anonymous said...

teruna pemalu hihi....

Anonymous said...

Mat, saya nk try le resepi ni...tapi nk tanya serbuk jelly tu serbuk agar2 ke serbuk jelly yg berperisa cam brand lady's choice tu? TQ.

Mat Gebu said...

Mat guna serbuk "jelly konyaku"..yg tanpa perisa atau warna...satu bungkus berat 10gm.

Pijah said...

croquant tuh leh tahan jugak eh harga dia. rm 5++ utk 100 gm. tak berani nk beli sbb pijah sediri pun parents support. huhu :p

Mat Gebu said...

Zaman sekarang nie semuaa benda mahallahh pijah...minta maaf yeaa..kalau u nak letak kisaran cornflakes pun boleh tapi takut cepat lemau...

Pijah said...

haha. tau. zaman serba moden kan. :P

Anonymous said...

Mat, telaten sungguh susun peach tu, sampai jadi bunga ros kat tengah . cantik sekali !

~ Ddah

polo ralph lauren said...

so nice ,i like it ,i want to do it