BEN ASHAARI

Monday, December 10, 2007

PAN ASIAN BBQ CHICKEN


Ini salah satu hidangn yang mat jamu untuk kak e dan keluarga, idea asal dari Great Lydia...oleh kerana penggunaan herba rosemary terlibat sama dalam resipi nie, jadi mat berilah nama pan asian bbq chicken.....selamat mencuba semuaa!!

Bahan-Bahannya:-
4 keping dada ayam
2 camca besar herba "rosemary"
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar madu
2 camca besar "hoisen sos"
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
1 camca besar mentega
1 camca besar madu (xtra)
Sedikit herba rosemary untuk ditabur

Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam, kelar2 dan gaul dengan semua bahan2 diatas kecuali madu (xtra), mentega dan herba rosemary yg untuk ditabur. Perap 4 - 5 jam atau semalaman untuk lebih sedap. Perap dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dan lumur permukaannya dengan mentega dan tabur herba rosemary, panggang atas bara atau dalam oven.
  3. Bancuh madu xtra dengan lebihan bahan2 perap hingga rata. Sapu atas permukaan ayam yang dipanggang tadi. Panggang hingga masak kedua2 bahagian ayam, bila mana kita cucuk dengan pisau dan air yg keluar bewarna jernih, bermakna ayam dah ok (tips dari chef wan).
  4. Hias dengan daun salad dan hirisan lemon sebelum dihidangkan....

8 comments:

Anonymous said...

Hai Cik Mat! Boleh tak saya nak link kan blog cik mat kat FP saya? Suka la round2 blog cik mat nih.. :D

Mat Gebu said...

Kecil tapak tangan, nyiru pakcik tadahkan, dgn berbesar hati...silakan lah harni..terima kasih ye kerana sudi singgah di dapur hamba yg tak seberapa ini...

Mamasya said...
This comment has been removed by the author.
Mamasya said...

ala salah type kena type semula..
patutlah ayam cik Mat masak ni nampak menawan citarasa sbb ayam pan asian ....campuran rupanya..

Anonymous said...

kat mana nak cari "hoisen sos"

Mat Gebu said...

Boleh cari kat Giant, Tesco, Carefor, Jaya Jusco..semua ada, mat guna jenama "LIFE"...botol dia sedikit rendah dari botol sos biasa...

bintang kejora said...

Salam Mat Gebu, memang nampak sedap.ni nak tanya, kalau dada tu tukar ngan paha ok tak? dan kalau tak da buah keras nak ganti apa? sebab 2 tahun dok sini tak pernah jumpa buah keras kat asian store.

Mat Gebu said...

ws bintang kejora....
boleh tukaq dgn apa2 bahagian ayam, kalau tak de buah keras, abaikan saja...