Petang tadi dengan gigihnya mat buat lah kuih ni, kira pertama kali buat, rasa tak delah susah mana cuma perlu ketelitian semasa membalut inti dengan dohnya. Lagi satu, dohnya juga sesuai untuk dibuat kuih koci, cuma perlu tukar intinya dengan inti kelapa dan lakukan proses seterusnya seperti kita membuat kuih koci.....
Bahan Doh:-
120 g tepung pulut
120 g keledek (mat guna keledek kaler oren)
1 camca besar gula halus (mat guna 1/2 camca besar)
4 camca besar pati santan (guna santan kotak je!)
2 camca besar minyak jagung
4 camca besar air
Sedikit pewarna merah (mat tak pakai sebab kaler keledek tu dah lawa)
Bahan Lain:-
220 g inti kacang hijau (boleh beli kat kedai2 baking)
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu
Cara membuatnya:-
- Kukus keledek hingga lembut, lecek bersama gula halus hingga hancur. Masukkan kesemua bahan untuk doh dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bagi doh kepada 11 bahagian yang sama saiz dan buat bentuk bebola, ketepikan.
- Inti kacang hijau disejukkan dalam peti ais sehingga boleh dikepal. Bahagikan inti kepada 11 bahagian yang sama besar juga. Buatkan bentuk bebola.
- Potong daun pisang sebesar ( 3 x 4) inci sebanyak 11 keping, sapu setiap keping potongan daun pisang dengan minyak. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sebiji doh, leperkan dan letak sebiji inti dan salut doh sehingga menutupi inti. Masukkan ke dalam acuan ang ku kueh dan tekan perlahan2 dan padat2kan. Ketuk keluar doh tadi dan alihkan ke atas daun pisang. Buat hingga siap.
- Kukus atas air mendidih selama 8 - 10 minit, gunakan api sederhana. Bila kuih masak (bila permukaan kuih menjadi seakan2 jernih), keluarkan dari kukusan dan sapu sedikit minyak pada permukaan kuih untuk mengelakkan kuih menjadi kering.
13 comments:
ooooii... kuih tak jadi merah, nama i pula merah sgt!! mata takleh buka lah!
nyonya kuih... kuih keluarga cik mat lah, tapi kena tukar nama... Kuih Baba... sbb baba yg buat. :p
sedap tak?? i suka doh tu sgt... rasa ada, texture pun best.
sedapp!!!...skyy..i makan 2 1/2 keping!!!!...hehehe...
gosh, i wish i'm more like you in a way.. dare to try different dishes. i dare not try even kuih koci, let alone this beautiful ang ku kueh!
salam dari Kota Singa !
trima kasih Mat.
i suka baca your blog , and enjoy your photography skills of your yummillicious food :D
kalau sedang boring di ofis selalu teringat bluetiffin !
tks for sharing :P
~ Deedah
tabik spring kat Mat. selalu makan free bila ada kengkawan yang ada "full moon". tapi dia minyak sikit kan?
setuju dgn lina...mat masa nak makan tu, lap dgn paper towel bagi hilang minyak dia..tak bley tahan leeerr. kita dah leer gebu + montok, kena pulak minyak + santan and manis...ayoooo seramm, bab kolestrol tuu!!!!
Deedah..
Terima kasih kerana sudi singgah yeaa.. Mat bab ambil gambar mmg "lemah"..kadang kala puas masuk blog2 sahabat yg lain, untuk mencari idea dan teknik cara mereka mengambil gambar, maklumlah kita nie amatur dalam hal fotografi nie....
first time here, you have alovely blog, nice pictures and recipes.
looks delicious...suker ngan blog nie...
dwiana p...
Thank you for dropping by....
nur...
Terima kasih kerana sudi singgah dapur mat yg tak seberapa nie...
matt ang ku kueh ni patut kaler merah kan? awat ko tukaq dia jadi kuning cam kena jaundice pulak ahak ampuunn youu...
matt kalu tatak ada kaler merah, boh lerr lipstik mak matt atau akak2 matt atau jiran2 matt atau matt punya kepe ahak!
Kak nis, kalau merah kang org ingat aku nak letak kat "tokong" pulak....lagi pun kaler keledek tu dah lawa....lipstik..hahah..my mom lipstik dia tak de kaler merah, warna pastel dia ada kot..naka letak "sentil" kat ang ku kueh tu...lawa tak?
Salam dari Copenhagen, Denmark. Pertama kali masuk dan suka dengan blog nie. Selalu dapat resipi mat kat myresipi.com. At last dapat juga jumpa blog mat sendiri. Semua resipi nampak meyelerakan....ini yg buat bersemangat nak mencuba terutama bila dah jauh diperantauan begini. Terus kan dengan idea dan resipi-resipi yg canggih nie!!!!!
Post a Comment