BEN ASHAARI

Friday, November 2, 2007

KEK BUAH BERKEJU

Jom kita buat kek buah!!!....Bukan apa saja nak test guna tin kek baru. Biasa laaa benda baru mesti kita kena cuba. Oklah tak mau cakap banyak moh leerr kita mencuba yeaa...

Bahan-Bahannya:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.
  5. Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

4 comments:

Mak Su said...

hai... salam kenal.. suka nengok gambar kek.. nanti kita cuba ya

Lydia said...

tak tayangkan tin baru tu sekali?

Mat Gebu said...

Mak Su...
ws..mak su...terima kasih kerana sudi singgah. Kalau yang mana berkenan di hati tu, sila2kan lah mencuba yea...

Great Lydia...
Alah..sky tin biasa yg jenis aluminium tapi berukuran besar ( 10 x 10 x 3 )inci...Tapi ada satu lagi nak beli nanti (loaf tin)..hehe.. almari dah penuh..sebab i tak organize brg2, cuma letak macam tu..senang nak cari...

NekCik said...

salam encik mat
.saya dah lama buat kek buah berkeju ni
.mmg sedap dan dan r yg minat..baru hari ni saya terjumpa dlm blog cik mat resipinya ..halalkn dan tkasih for sharing