BEN ASHAARI

Saturday, November 17, 2007

MEE JAWA "MAK LANG"

Semalam jalan2 ke fotopages "Mak Lang"..ternampak resipi mee jawa...terus pakcik terliur leer. Jadi hari ni memandangkan ada waktu senggang, pakcik pun mulalah mengushakan membuat mee jawa ni...rasa ok, sedap tak pedas, manis2, lemak2 dan rasa udang dia terangkattt u!!!!!...

Bahan Utama:-
1 kg mee kuning
2 cawan keledek lecek (pilih keledek bewarna oren)
1 cawan udang kering, rendam 15 minit dan toskan (mat guna 1/2 cawan jee)
1 cawan udang segar, dibersihkan, dan celur sekejap, toskan
1300 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
15 tangkai cili kering, dipotong dan rendam dalam air panas
8 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Bahan Sampingan:-
Telur rebus, dibelah dua
Tauhu, digoreng, dan hiris nipis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Belahan limau kasturi/lemon
Taugeh, dicelur

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KUAH:- Kisar udang kering dan udang segar yang dicelur tadi hingga halus. Ketepikan. Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 kisar halus hingga pecah minyak. Masukkan kisaran udang tadi, gaul rata. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula (kuah mesti ada rasa manis). Renihkan dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat (kalau kurang pekat boleh dicampur dengan bancuhan tepung gandum (1 camca besar tepung gandum + 1/2 cawan air, kacau hingga larut). Rasa kuahnya dan jika ok matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE JAWA:- Cuci mee kuning dan toskan, celur dalam air mendidih 1 - 2 minit, angkat dan toskan. Ambil sedikit mee, letak dalam bekas sesuai, tuang kuah dan hias dengan bahan2 sampingan diatasnya...Bila nak makan boleh lah perahkan limau kasturi atau lemon (maaf, pokok limau kasturi mat tengah off season, jadi buah dia tak de, tu pasal ganti dengan lemon..)

7 comments:

DONNA said...

i never eat this mee..thanks for the recipe

Mat Gebu said...

welcome....terima kasih kerana sudi singgah yeaa..

ZazaHardy said...

pinggan tu mengingatkan zaman maan mee rebus hj wahid kat bus station jb! love the plate! and i would love to try this one day!

Mat Gebu said...

zaza...
Mat masih mencungkil rahsia2 haji wahid tu....mcm mana dia buat kuih jadi sedap?...Mungkin "air tangan"....

nnmy said...

mat..
cmana nak buat pendaram nya tu ya?

bersama kak Es said...

jumpa jugak resepi mee jawa :)

Anonymous said...

apa lah org malaysia . tak pandai nak cipta mee negeri sendiri kah. buat lah nama mee malaysia kah. mee putra jaya kah. ni asyik2 mee jawa, mee jawa.