BEN ASHAARI

Saturday, November 10, 2007

SOFT CRUST PIZZA

Sedapnyaaa....pizzaaaaa......ahhhhhh!!!!!!....hehehe, saja nak buat pizza hari ni, cuma kali ni sos pizza tu mat ganti dengan black pepper sauce dan doh dia jenis lembut, gebu dan menawan gitu. Kalau nak sedap lagi makan dengan "sweet peri-peri sauce" keluaran Nando's....memang termenung u lepas makan tu....

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:-
1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


~~::RUPA PIZZA YANG SIAP DIISI DENGAN INTI SEDIA UNTUK DIBAKAR::~~

6 comments:

Anonymous said...

Salam. Akak org baru dlm blog resepi ni.Tp semlm akak buat pizza ni. Siap double adunan doh tu.Anak2 suka pg ni siap suruh buat lg.Ada amik gambo tp bateri kamera depleted lak nak kena cas nnt akak letak gambo.Thanx. Ptg ni nak wat lg le.

Mat Gebu said...

Terima kasih kerana sudi mencuba...dan terima kasih yea kerana sudi singgah dapur mat yg tak seberapa nie..

Anonymous said...

Assalamualaikum Mat,

Saya Melayu di NZ ni. Dah buat byk pizza before, but this is the best crust thus far. Just chg the topping to whatever available in the pantry. Buat 5 adunan utk my daughters birthday, licin dlm masa 10 minit...TQ to you. Sometimes u contribute to someone's life without knowing it...TQ.

Mat Gebu said...

WASSALAM ANONYMOUS..
Terima kasih kerana sudi mencuba..mat pun berkongsi dari orang lain cuma melakukan sedikit penyesuaian....Apa lah guna kita lokek ilmu yang tak seberapa ni, elok kongsi ramai2..bagi meriah!!!

Anonymous said...

kalau buat doh piza, guna breadmaker boleh ke mat? akak dah order breadmaker kenwood mat....tak sabar rasanye....tak sangka mat ada blog sendiri, b4 this kenal mat dr resepi kek marble trio kt www.myresipi.com. kecik je dunia cyber ni ye

Anonymous said...

mat!!!! owh mat!!!

pan pizza tu mane nak dapat ye?

anggaran size large pizza tu baper hinggit yer pan nye...

mekasihhh...

rosnani@myresepi