BEN ASHAARI

Tuesday, November 27, 2007

STRAWBERRY MUFFIN

Dah lama tak buat muffin, macam rindu pulak. Semalam mat ke satu kedai menjual bahan baking dan ternampak strawberry filling, jadi sambar leer satu bekas. Tapi masa buat pusingan ke dua, mat sambar lagi kiwi filling dan manggo filling...Tamakkan?..Apa boleh buat jenis "mata keranjang" nie payah sikit.

~: RUPA BAHAGIAN DALAM STRAWBERRY MUFFIN:~

Jadi bila bahan2 dah ada, buat apa kita nak lengah2 lagi baik cuba, test, try...dan hasil dia hmm sendiri tengok lah ye...Montok dan mengiurkan. Sempat lagi tu curah coklat berperisa strawberry, pun mat beli semalam juga....kata bonda mat sepatah, "kau tu kalau dah sebut2, mesti nak beli punya"....hahaha apa kata mak kita semua betul, dia yg mengeluarkan kita dulu kan....

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah, dapat 15 biji muffin)
170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran)

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
  4. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).

~: RUPA MUFFIN YANG SIAP DIBAKAR :~

10 comments:

princessharyati said...

tgk muffin pakai lipstick colour merahhh.. vogue..

Mat Gebu said...

ahakk...vouge2 jugak..tapi pakcik cuma boleh makan 1 biji jeee...whaaa!!!! itu pun aku dah terbedal lagi 1...whaaa!!!!!

ZazaHardy said...

fuhyo! colour dia menarik perhatian betul!

(p.s: mat, thank you for the anniversary wish. terrer betul mat berfalsafah! mat boleh tulis novel cinta lah! bukan bakat masak ngan amik gambar je mat ni rupanya!)

Z

Mat Gebu said...

Zaza...
Mat sendiri hairan mcm mana boleh tulis macam tu!!..hahahaha..kelako pun ada u....

zaliana said...

amboi2..bukan main sweet lagi mufin dia..mata keranjang bab menyambar barang baking takpe mat..lagi banyak borong lagi baguz kan..

Mat Gebu said...

Yoo lah tu Za....silap2 aku bankrap. tokey kedai baking tu yang kaya raya.....

Mamasya said...

Pertama kali nak menyapa..biasa dtg intai2 saja Blog Mat ni. tp hari ni baru nak menyapa sbb berkenan kat mekap pink kat Muffin tu...
coklat berperisa strawberry ni Mat beli kat mana ya...ingatkan nak cari bila balik M'sia nanti..

Mat Gebu said...

mamasya...
Mat dok kat Johor. Tapi sekarang kat mana kedai2 yang menjual barang baking semua dah ada jual coklat perisa strawberry, ada yang kaler hijau, oren dan pale brown, tapi tak pasti perisa apa. Kalau kat KL tu lagi leer byk kedai yg jual...tak pe bila mama balik M'sia nanti borong jgn tak borong...Eh lupa pulak nak ucap terima kasih kerana sudi singgah ke dapur mat yg tak seberapa ini..

Anonymous said...

kelako la mat nih...hahah..terhibur ku membaca..
mcm menarik nih kan..tp pertanyaan untuk diri ku rajin kaaa aku nihh?? hihi rajin lagi mat!

Julia R said...

cantiknya muffin, sama aja naiknyaa. camne buat tu? timbg ke?