Bahan-Bahannya:-
200g keledek
185 g ikan tuna dalam tin
2 tangkai daun sup, hiris halus
2 tangkau daun bawang. hiris halus
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji telur
Garam dan lada sulah secukupnya
12 biji tauhu "pok"
12 biji cili padi merah
Cara membuatnya:-
- Tauhu pok dibelah sedikit dibahagian atas, kemudian dari belahan tadi belah lagi kepada 6 bahagian. Kemudian dengan berhati2 terbalikkan tauhu tadi. Kikis sedikit isinya dan ketepikan. Buat hingga siap.
- Keledek dikupas, potong dan rebus atau goreng hingga lembut. Lenyek hingga lumat dan gaulkan dengan isi tauhu tadi dan juga semua bahan selebihnya kecuali cili padi. Perasankan dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Ambil satu tauhu yang berbentuk bunga tadi, isi 1 - 1 1/2 camca teh inti ke dalam kulit tauhu dan kemaskan. Cucuk 1 cili padi pada permukaan inti. Buat hingga siap. Boleh digoreng secara deep fry dengan api sederhana. Angkat bila tauhu menjadi kuning keemasan. Boleh dimakan bersama cili sos atau apa sos kegemaran...
- Jika inti berlebih, boleh dibentuk2kan, celop dalam telur dan goreng hingga kuning. Angkat dan toskan atas paper towel..(seperti gambar dibawah)
5 comments:
wahhhhhhhhh sedapnya mat lapar lak akak tengok tu
Terima kasih..tapi lagi lapooo tgk cup cake akak yg cun melecun tu!!!
tauhu tulip! what a creative mind (and fingers) you have there mat. i bet you they'll be a hit if you were to sell it here alongside a bunch of real tulips!
Z
zaza....
Jgn laa puji mcm tu.malu i (sambil ambil kain, tutup muka, sebab malu kena puji dgn zaza..hahahaha)
Tauhu Pok tuh apa nyer???
Post a Comment