BEN ASHAARI

Friday, September 14, 2007

ASAM BATANG KELADI


Cuaca kejap panas, kejap mendung...tekak pun ikut sama macam cuaca...hari nie berbuka teringin sangat nak makan "asam batang keladi"....jadi, ayah mat pun pi lah cabutkan pokok keladi sayur kat kebun kami. Bonda mat dengan gigihnya menyiang dan mencelur sekali batang keladi tu...jadi...mat tinggal masak jee lahh...heheh senang keje pakcik!!!

Bahan Utama:-
1 pokok keladi sayur
4 - 5 ekor ikan masin selar kuning (boleh guna apa2 ikan masin kegemaran)
1 genggam daun selasih/basil
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 batang cili merah
1 camca besar ikan bilis (atau 1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI")

Cara membuatnya:-
  1. Batang keladi, dibuang kulit luar, kerat2 anggaran 4 inci. Rebus bahagian ubi dahulu hingga 3/4 empuk baru dimasukkan batangnya bersama 1 keping asam gelugor. Celur 1 - 2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk. Tuang 2 camca besar minyak masak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Tuang air (anggaran 700ml) dan biar hingga mendidih. Masukkan ikan masin dan baki asam keping.
  3. Kemudian masukkan batang keladi dan keladi yang telah dicelur tadi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan daun selasih/basil dan padamkan api. Rasa tahap kemasinannya.
  4. Jangan bubuh garam awal2 kerana ikan masin tadi boleh menyebabkan kuah mejadi masin.

4 comments:

jo ayee said...

mat..teliur nyer..u kejam mat...kejam..kejam....

Mat Gebu said...

ahakss....maaf jo (and kak hani)..best tau sekali2 makan asam keladi tu, tapi cuba hari2 makan benda yg sama....aiseyy!!! muka pun leh tukaq jadi keladi sama...

ainizakri said...

Mat

saya cuba buat..tapi cam gatal la...habih jenuh gatai lidah lepas makan keladi asam...hu hu hu

Mat Gebu said...

Ye ke!!!..aisey...kesian pulak mat dengar...mat selalu masa celur tu bbuh asam keing saja...pastu celur sekejap, angkat dan toskan..kalau petua lain tu hmm..kurang pasti skit...nnti mat tanya org lain yee...