BEN ASHAARI

Wednesday, September 5, 2007

PUDING DE COCO


Sejak kenal periuk dan belanga, tak pernah sekali pun cuba buat 'cream caramel' ni. Oleh sebab teruja tengok hasil dari tangan ibu muda yang berbakat, Puan Yani...terus mat buat....sedap rupanya...kesian kat aku!!!!

Bahan-Bahannya:-
150 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
120 ml susu pekat manis
300 ml susu segar
2 biji telur grea A
Beberapa titik esen vanilla
2 camca besar gula*
1 camca besar air*(*bahan untuk karemal)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan bahan2 untuk karemal dalam periuk dan masak sambil terus megacau hingga menjadi karemal keemasan. Tuang dalam bekas bulat berlubang tengah berukuran 18cm. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan pukul sedikit. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul perlahan hingga gula hancur. Tuang santan, susu segar dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Tapis adunan ke dalam acuan yang berisi karemal tadi. Bakar dalam oven secara "baine-marie"(dengan meletakkan acuan tadi dalam satu bekas dan tuang air panas dalam bekas tadi hingga separuh penuh) pada suhu 200C, selama 35 - 40 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

5 comments:

jo ayee said...

mat..i rasa, kalau kita org makan puding de coco yg u buat ni..gatal sakan kot mak & ayah nya...:P..tgk blog u pun geli2 dah rasa..:)

Mat Gebu said...

Hahaha....bahaya tu Jo...tak pe mak dgn ayah dia kalau geli2 ok lagi..jgn anak dara tgk blog i jadi geli sudah laaa...hahaha...mati lah aku sat lagi!!!!

ainizakri said...

Salam Met gebu..

Ni mai melompat dari blog yani dan hani. Nak minta ihsan ni Mat gebu ..dah nak posa..teringin nak makan kuih koci..Dah buat ikut resepi kat myresepi tapi cam keras...Ni nak tanya la ni...kalau nak bagi lembut tu lagu mana..

Ampun Mat gebu..saya mai tanya kat sini...( kot silap tempat..) Minta maaf na..mai mai terus serbu kata orang..

hemohemo said...

nak serbu gak... lompat dr blog yani gak tadi...
hohoho byk ler idea nak masak yg boleh diciplak. jgn mare aaa, mat :-)

Mat Gebu said...

ainizakri....kata bonda mat, bancuhan kuih koci tu buat lembut sikit dan tambah santan cair dalam dia...apa2 u cuba buat adunan dia sedikit lembut, tapi kang ada pulak gg pasang siap yg terlucut..ahakss!!!...Welcome hemohemo..masuk leer jgn malu2, apa yg nak dicuba, dgn ikhlas hati mat izin kan....