BEN ASHAARI

Thursday, September 27, 2007

IKAN PARI GORENG BERLADA


Dah beberapa hari ni tekak sakit dan mula rasa tak selesa, tapi masih nak juga makan yg sedikit pedas dan berapi, nak masak asam pedas macam dah jemu, jadi masak berlada kira ok jugak laa...hmm sedap pakcik suka benda2 macam ni....

Bahan Utama:-
10 ketul isi ikan pari
1 batang serai, dititik
3 biji limau kasturi
1 biji tomato, untuk hiasan

Bahan Tumbuk:-
4 biji cili merah
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1/2 inci belacan
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya:-
  1. Ikan pari dicuci dengan asam limau dan garam, perap 10 minit, bilas dan gaul dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak hingga tinggal 3 camca besar. Masukkan serai dan bahan tumbuk tadi, goreng hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ikan pari dan gaul rata. Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga rasa sebati.
  3. Angkat dan hias dengan hirisan tomato. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat beserta ulam-ulaman yang digemari...

2 comments:

princess said...

dah lama tak mkn ikan pari.. teringin pulak nak mkn ikan pari bila tgk ni..

noreen said...

mat mana ikan pari nya tak nampak pun agaknya dok main sorok2 kot ahak