BEN ASHAARI

Monday, September 10, 2007

KEK COKLAT



Rasa macam dah tak de mood....semua pasal "kek coklat" niee.....nyaris2 hangus rentong, tah macam mana boleh terlelap....aduhhh!!!, nasib baik boleh dibedah plastik...oklah...kalau rasa macam ter"sudi" hendak mencuba...silakan lah. Untuk kaedah langkah demi langkah boleh rujuk disini.....

Bahan-Bahannya:-
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
5 bii telur gred A
250 g coklat susu, dicairkan mengguna kaedah double-boiler, biar sejuk sedikit
160 g gula halus
15 g ovallate
225 g minyak jagung
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Bahan Hiasan:-
200 g coklat masakkan
100 ml whipping cream
1 camca teh mentega
Chocolate curls secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KEK:-Pukul telur, gula,esen vanilla dan ovallate hingga kembang dan gebu, seperti adunan baulu. Masukkan coklat susu dan garam, terus memukul hingga sebati.
  2. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan minyak jagung dan gaul hingga sebati.
  3. Tuang dalam acuan berlubang tengah yang telah disapu dengan mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 - 35 minit. Sejukkan kek sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas redai.
  4. UNTUK GANACHE:- Dalam bekas tahan panas, satukan coklat masakan dan whipping cream. Tenggek bekas tadi atas air mendidih dan kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar suam sedikit dan tuang atas kek tadi, biar meleleh. Bila coklat sejuk, boleh hias dengan chocolate curls sebagai hiasan tambahan.

5 comments:

Lydia said...

sexy choc tu...

Mat Gebu said...

Memamg nampak seksi, sky..tapi frust, kalau i tak tuang sos coklat tu, mcm nak buang dalam reban ayam...tak pernah buat kek jadi hangus..ini 1st time...hhwaaa!!!!!

Lydia said...

lain kali jgn u mimpi amoi ke minah kat kedai baking tu masa bakar kek.... panas! :p

lina said...

mengancam kek coklat tu. meleleh air liur tengok.

Mat Gebu said...

Jangan....kalau asyik meleleh je air liur, nanti kena pakai barut....mcm baby tuu...