BEN ASHAARI

Friday, September 28, 2007

BISKUT BADAM RANGUP

Hari ke-2 buat kuih raya, rasa seronoknyaaa.....walaupun sedikit mencabar dengan cuaca panas, dan tekak mula kering dan sakit. Bibir dah mula mengelupas..aduhh, tak pa kuih raya punya pasal itu semua tolak tepi dulu....jemput lah tengok yeaa....

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

2 comments:

Muna said...

Baru terjumpa this site.....
Love those photos....boleh kenyang tengok gambar

Mat Gebu said...

welcome muna...masuk jgn malu2....mat pun baru berjinak2 dalam blog2 nie, selalu tgk 'dapur' org lain je. Pasal gambar tu, mat bukan nya xpert pun, ramai blogger yg gambar dia orang tangkap, 100x lagi cantik u...jeles juga mat tgk..