BEN ASHAARI

Saturday, September 1, 2007

THIN CRUST PIZZA


Jengah-jengah blog Lydia dan ternampak 'thin crust pizza' yang dia buat....hmmm menyelerakan betullaahhh!!!....Jadi pagi ni, awal2 bangun dan bancuh doh untuk pizza ni. Oklah walau pun tak senipis yang lydia buat but taste still superb!!!

Bahan Doh:-
3 1/2 cawan(525 gm) tepung gandum
2 camca teh yis segera
1 camca teh garam
1 1/2 cawan (375 ml) air suam (lebih kurang)
3 camc besar minyak zaitun
1 camca besar madu

Bahan Pizza:-
Keju mozarella
Sos tomato
2 batang sosej ayam, dipotong bulat
Capsicum merah, hiris nipis
Capsicum hijau, hiris nipis
10 biji black olive, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH (dapat 2 keping pizza berukuran 15 inci):-Dalam mixer, satukan tepung, garam, minyak zaitun, madu dan yis segera. Kacau menggunakan dough hook hingga sebati. Perlahan2 masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Uli 3 minit. Keluarkan dan tumbuk dgn tangan dan uli 5 minit lagi dan letak dalam mangkuk yg bertutup tuala lembap. Biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. Kemudian tumbuk doh dan bulat2kan. Potong dua doh, ambik satu bahagian doh tadi, bulat2kan dan canai sehingga menjadi bulatan berukuran 15 inci, masukkan ke dalam dulang pizza dan tekan2 dgn hujung jari hingga memenuhi loyang. Bakar 5 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200c.
  3. UNTUK PIZZA:- Keluarkan kulit pizza dari oven, sapu sos tomato, tabur semua bahan2 pizza (agak2, jgn bubuh terlalu banyak) dan akhir sekali taburkan kan keju sehingga memenuhi pizza. Bakar 8 - 10 minit lagi hingga keju cair dan tepi bahagian pizza kelihatan kekuningan. Lagi banyak keju lagi sedap.....

3 comments:

Lydia said...

berwarna-warni pizza cik mat... kan sedap dgn thin crust. sy sorang habiskan 8" punya... huhu... satisfied.

IbnuSina said...

Esok nak buat satu lagi...guna tuna + mushroom....and black pepper sos.

Lydia said...

hehe... dah addicted eh? sy planned nak buat tomyam + udang/ayam + mushroom. perlu beli cheese dulu.