BEN ASHAARI

Saturday, September 15, 2007

ASAM KARI NENAS

Asam kari nenas.....sedap!!!...tekak pakcik sejak2 puasa nie macam nak makan benda "asam2" jeee..hari tu ada beli ikan pari, jadi kat rumah mat cuma sorang dua je yang suka makan, mat pun masak lah ikut selera tekak sendiri.....jomlah makan sama!!!!!

Bahan Utama:-
500 g ikan pari, potong, perap dengan limau dan garam 10 minit, cuci dan toskan
1/2 biji nenas masak ranum, buang empulur dan potong ketul2
2 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesum
2 keping asam gelugor
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
1/2 cawan cili kisar
1 camca besar rempah kari ikan
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
500 ml air (atau mengikut keperluan)

Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
10 biji lada hitam

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau hingga rata. Tuang sedikit air dan terus menggoreng hingga rempah dan cili kering.
  2. Masukkan potongan nenas dan goreng dengan rempah. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan. Tuang jus asam jawa dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Kacau dan biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan daun kesum dan rasa garamnya, jika kurang bolehlah ditambah. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man.

5 comments:

Lydia said...

sedap asam kari! i suka nanas... tapi klu letak nanas, sy je yg makan!! dah lama cari ikan pari kat sini... dpt yg giant punya je, takut nak makan! kecil2 n comel punya mcm yg ada kat msia belum jumpa lagi.

Mat Gebu said...

Kalau giant punya, mat pun tak berapa suka...takut daging dia keras, suka yg kecil2 sebab lagi sedap dan manis..sky, kalau u tak letak nenas boleh ganti dgn kacang bendi, tomato atau terung...

Aidan's Mama & Papa said...

mat gebu, this is my first time here. and what luck i bumped on your site! will definitely visit more often! thanks for sharing all your recipes. rindu sangat nak balik kampung!!

(p.s: mat gebu kat mana eh? jb ke spore?)

Jue Hussin said...

Mat, sejak puasa2 ni tekak asyik rasa nak yg masam2 jer? Kalau pompuan bahaya dah tu. Tp best la... resepi2 mat nih.

Mat Gebu said...

welcome aidan's mama n papa....masuklah buat mcm dapur sendiri...mat orang Johor...dekat "Kulai"...Jue..ahakss...seram pakcik dengar..nasib baik aku jantan, kalau spises sama mcm u...mau gamat satu dunia!!!!