BEN ASHAARI

Friday, September 28, 2007

AYAM GORENG GAJUS


Dalam freezer ada baki 2 keping dada ayam, jadi teringin nak cuba masak ala2 chinese, gajus beli hari tu pun ada...jadi pakcik pun masak leer ayam goreng gajus....

Bahan Utama:-
2 keping dada, dihiris panjang*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*satukan dan perap 15 minit)
1/2 cawam gajus, goreng hingga kuning
5 kuntum cendawan butang, dihiris
2 batang saleri, potong dadu
1 batang leek, potong serong
1 biji bawang besar, potong baji
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 tangkai cili kering, hiris halus, cuci dan keringkan
1 camca teh minyak bijan

Bahan Sos:-
2 camca besar Hoisen sos
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar kicap cair
2 camca besar cuka epal (cider vinegar)

Cara membutanya:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 3 camca besar) hingga panas, masukkan cili kering dan goreng hingga garing, masukkan daging ayam yang diperap tadi dan kacau goreng 5 minit hingga ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Dalam kuali sama tuang 2 camca besar minyak dan minyak bijan. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan leek, saleri dan cendawan, kacau goreng hingga harum. Masukkan bawang besar dan bahan2 sos. Kacau hingga sebati. Gunakan api perlahan.
  3. Masuk daging ayam tadi dan gaul hingga rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa garamnya sebelum diangkat dan hidangkan bersama nasi panas atau bubur nasi....

4 comments:

jo ayee said...

kalau Chinese or thai takeaway kat sini, dish ni mesti ada dlm menu.

Mat Gebu said...

Jo..mat main hentamm je...konon2 nak masak style schezwan, tapi tatau laa apa jadi, janji rasa ok.. (betul ke ek eja 'schezwan' tu..)hehehe..

Hani said...

Mat sedapnya.... kalau masuk water chestnut jadi ler macam schezwan tu. sedap u..... water chesnut mahai dak di Malaysia? kat sini jumpa yang dalam tin jer la...

Harni said...

hai cik mat..ayam ni my peberettt nihhh...nyum..nyumm